Dengan langkah yang pertama penulis mula mempelajari sehingga tahun 2005 penulis terpaksa berhenti belajar silat atas faktor tertentu. Dengan minat yang mendalam terhadap Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ini, pada tahun 2006 penulis menyambung semula seni warisan ini dan akhirnya telah berjaya menamatkan silat ini pada pertengahan 2008. Tetapi perlu diingat sekali kita melangkah pasti sukar berundur. Masih segar lagi diingatan penulis seorang pelajar semester 1 datang untuk berjumpa dengan penulis. Ketika itu penulis sedang dalam kumpulan tadarus Al-Quran di masjid.
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (116 : 4)
Bayangkanlah Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa bagi yang mensyirikkannya. Itu adalah urusan Allah dengan hamba-Nya. Namun apa yang penulis boleh katakan pada Rizal, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang lurus. Namun perbualan tersebut terhenti begitu sahaja kerana penulis terpaksa meneruskan pembacaan Al-Quran dalam kumpulan. Namun dia ada berkata sedang dalam pemulihan dengan dibantu oleh seorang sahabatnya.
Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Penulis merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandangan-pandangan dalam kalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar tok guru yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah Islamiah.
Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatan-penglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Masih ingat lagi dengan Istidraj yang pernah penulis huraikan sebelum ini? Jika sudah lupa boleh rujuk kembali artikel-artikel sebelum ini. Istidraj iaitu sesuatu yang diberikan kurniaan semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan.
Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi di dalam Kitab Feqh Al-Lahwi wa At-Tarwih karya Imam Yusuf al-Qardhawi., “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”
Kesimpulannya, seni mempertahankan diri atau seni bela diri tidak kiralah sama ada silat, taekwando, aikido dan lain-lain, haruslah bersih daripada perbuatan yang menyalahi syariat serta tidak mendatangkan bahaya kepada pengamalnya iaitu fizikal dan mental. Penulis juga ingin berkongsi ilmu dengan kalian. Di sini penulis sertakan satu panduan yang para pembaca boleh membuat rujukan tentang garis panduan Silat menurut Islam. Sila klik di sini.

thanks sbb sertakan panduan tuk rujukan ttg silat menurut islam…kebetulan ana mmg nk cri…sbb ana dlm dlema ni….mgenai silat….smoga Allah mnbhkan lg idea tuk myikhtiar menulis dlm blog ni dgn tajuk n isu yg bermutu n terkini….Amin….
Terima kasih saudara…