Namun hanya 2 muka sahaja dapat di tasmi’. Penulis pada mulanya memendam alasan kerana ingin belajar daripada mengemukakan alasan. Namun setelah diasak oleh Ustaz agar menjelaskan perkara sebenar lalu penulis memulakan bicara. Alasan yang penulis berikan Sabtu dan Ahad benar terhimpit dengan kesibukan Majlis Perkahwinan. Kesibukan sehingga membiarkan mashaf Al-Quran terbiar? Penulis menghina Al-Quran? Ya Allah..Maafkanlah diri penulis yang begitu hina di muka bumi ini.
Penulis sedar Al-Quran yang penulis junjung selama ini benar-benar menginsafkan diri penulis. Tetapi ketika mana bergelar seorang MPM, sedikit cabaran dalam mencuri masa berehat. Penulis selalu bermain dengan masa agar ia tidak mencemburui kita. Bayangkanlah penulis memulakan sesi kuliah mula dari jam 7.30 pagi setiap hari dan ada kalanya tamat jam 6 atau 5 petang. Kadangkala memikirkan masalah kebajikan mahasiswa yang ada kalanya tidak selesai. Allah hamba-Mu ini benar-benar teruji dengan kesabaran. Selepas maghrib waktu untuk penulis menghafaz al-quran dan mengulang.
Sekitar pukul 10 menelaah pelajaran tetapi bukanlah selalu seperti pelajar yang lain. Bayangkanlah dengan meeting yang tidak menentu memaksa penulis untuk tidur jam 3 pagi dan bangun seawal yang mungkin bagi mengulang Al-Quran. Adakalanya penulis tidak pandai bermain dengan masa. Keletihan memaksa penulis merehatkan diri tanpa mahu diganggu. Inilah pengalaman yang sebenar yang benar-benar penulis dapat pelajari.
Sekali mana pun kita sibuk dengan hal duniawi, jangan sesekali kita meninggalkan kitab Al-Quran Kalam Allah. Itulah pesanan ustaz kepada penulis. Syukran ya Ustaz.
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(29 : 45 )
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku…Amin.

hi,
Dear brother, it's nice to hear that you are interested to learn about the beautiful religion on earth(Islam) and the most glorious book(Holy Quran)
Quran is in Arabic script.