Hatinya Di Masjid

Hampir dua dekad saya dilahirkan, saya tidak pernah melihat kakinya jauh dari masjid. Masjid jugalah menjadi rumah kedua beliau yang sering dikunjungi hampir setiap waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib mahupun Isyak. Ini menjadikan beliau sentiasa berada di barisan saf yang pertama. Tidak pernah melihat beliau menjadi imam, sekadar kudrat menjadi makmum sudah cukup membuatkan saya berasa bangga dengannya. Kini umurnya sudah menjangkau hampir 70 tahun. Kelihatan kedut di muka menjadi tanda usianya yang semakin senja.

Read more

Merentasi Destinasi Pasti

Sedang asyik membaca akhbar harian Metro,saya terlihat ruangan kiriman surat pembaca. Luahan yang cuba disampaikan membuatkan saya tertarik untuk meneruskan pembacaan. Gadis 20 an yang baru menginjak usia ke peringkat dewasa. Tidak bertudung, tidak berpuasa apatah lagi jarang bersolat. Mempunyai keluarga yang tidak berlatarbelakangkan agama membuatkan gadis tersebut kurang penghayatan dalam didikan agama.

“Saya berasa sedih, kini saya baru mula nak belajar memakai tudung, bersolat. Tetapi saya sedih di hina kerana tidak memakai tudung. Saya dihina di depan pihak keluarga lelaki. Saya rasa sangat sedih. Saya berterima kasih kepada sahabat saya kerana cuba membimbing saya. Namun ini yang saya dapat”

Read more

Kekangan Dalam Mencari Keupayaan

Sabtu yang lalu saya telah menghadiri satu mesyuarat bersama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya Selangor. Tiada urusan lain melainkan saya telah dijemput untuk membentangkan proposal berkenaan tentang projek pembinaan laman web yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Lain orang lain ragamnya, mereka begitu sangat tegas dalam membuat kerja. Sehinggakan ketika sedang mesyuarat saya perlu memberikan sepenuh tumpuan dengan seadanya kerana salah satunya mereka berbahasa Inggeris.

Read more

Mengenang Kesilapan Lalu

Klik Play…Terima kasih.

Firman Allah SWT di dalam surah al -Zariyat ayat 56 yang bermaksud :

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

Entah mengapa selepas saya selesai membaca buku Travelog Dakwah ; Meniti Hari Esok hati saya seakan sebak. Menangis mengenangkan kesilapan lalu terhadap Maha Pencipta. Menliti helaian demi helaian muka surat, adakalanya saya tersenyum sini melihat cermin kejahilan diri sendiri. Agak terkesan dengan kisah kehidupan seorang Profesor yang dahulunya mengakui agak jahil tentang agama. Namun persepsi itu sudah berubah apabila beliau bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Read more

al-Quran | Belajarlah Selagi Engkau Mampu

Ketika mana sibuk mengemas bilik setor, pandangan saya tertumpu kepada buku Muqaddam berwarna ungu dalam keadaan bersawang. Masih jelas nama saya ditulis dalam tulisan jawi. Muqaddam la dianggap sebagai muqaddimah  dalam  mengenal huruf al-Quran suatu ketika dahulu. Namun kini ia tidak lagi digunapakai kerana sepanjang saya mengajar beberapa tempat, anak-anak kecil dilihat menggunakan pendekatan Buku Iqra’ sebagai proses permulaan.

Read more