[Perkongsian] Bagaimana Akaun Facebook Digodam?

Kita sering mendengar rintihan apabila ada di antara kita mengalami masalah apabila akaun facebook mereka digodam oleh ‘hacker’ yang tidak bertanggungjawab. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ini tetapi niat ingin berkongsi bagaimanakah teknik yang mereka gunakan selama ini.

Read more

Pendidikan Dan Penyelidikan Qiraat

“Sila bacakan riwayat Imam Adduri Abu ‘Amr pada Surah Al-Baqarah ayat 6”

“Saya akan bacakan satu riwayat pada Sudah Al-Baqarah ayat 8. Sila berikan nama Imam yang membaca kaedah riwayat ini? ”

Itu adalah salah satu contoh soalan ujian/latihan dalam kuliah syafawi yang diberikan oleh Dr. Abd Rahman kepada saya ketika dahulu. Di awal pembelajaran ilmu qiraat cukup memeningkan saya apatah lagi terdapat banyak bab yang perlu dihafaz.

Read more

Hari Kemenangan

Tinggal seminggu sahaja lagi Syawal bakal menutup tirainya. Kini masyarakat semakin galak mengadakan majlis rumah terbuka bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim . Tidak cukup dengan itu, undangan majlis perkahwinan yang mula kian datang berjemput. Tambahan pula, ada yang kini mulai gusar dengan belanjawan yang mengalami defisit gara-gara terlalu ‘gah’ dengan persiapan rayanya.

Read more

Belajar Untuk Menerima Hakikat

Sudah lama saya tidak mencoretkan sebarang nukilan di sini hampir dua bulan mungkin. Itu tidak bermakna penulisan saya akan terhenti begitu sahaja tanpa sebarang noktah. Mungkin bagi orang lain corak penulisan itu mudah, tetapi sedikit sukar bagi saya. Saya perlu banyak belajar lagi. Dalam merentasi masa yang kini sudah berada di pertengahan tahun membuatkan saya berfikir sejenak. Umur yang semakin meningkat, tempoh pra-matang yang seakan tamat mungkin menyebabkan saya sedikit gusar. Perjalanan yang dirasakan agak terlalu cepat, sukar untuk diduga seperti baru sahaja berlakunya kelahiran. Kelihatan seperti merungut, namun secara hakikatnya tiada istilah untuk kita berpatah balik.

Read more