Persandingan ; Haram ker?

Cuti persekolahan bagi penggal pertama semakin sampai ke penghujungnya. Jika dilihat anak-anak berseronok bermain ketika inilah ibu bapa pasti tidak menang tangan menghadiri majlis perkahwinan. Tidak dinafikan majlis perkahwinan sentiasa diadakan hampir setiap minggu.
Jika kita datang waktu pagi, sudah tentu hidangan belum sempurna. Namun jika waktu tengahari sekitar selepas zohor, kita berpeluang menyaksikan majlis persandingan atau dipanggil menepung mawar. Adat sedemikian sudah menjadi tradisi setiap kali mengadakan majlis perkahwinan. 


Walaupun ia menjadi tradisi, tidak semua golongan mengikutinya sebagai salah satu upacara majlis. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja.
(HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh.
(Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Apabila kita melihatkan majlis sedemikian, pasti timbul persoalan adakah ia bertentangan menurut syariat Islam?

Sebagaimana yang kita lihat, ada kalanya sesuatu majli situ sekadar hendak menunjuk-nunjuk, mempamerkan aurat dikahalayak. Ini jelas bertentangan dengan syariat.

Persandingan bukanlah satu perkara yang dijatuhkan haram. Namun ia boleh jatuh haram seandainya perkara sedemikian berlaku :

1) Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33)

2) Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda SAW: “Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.”

Memang tidak dinafikan perkahwinan perlu kepada perbelanjaan yang besar. Namun janganlah sampai ke tahap pembaziran.

3) Menabur Beras Kunyit. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik. Berhati-hati dengan amalan menyekutukan Allah.


4) Berandan. Perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” (mengabui/merubah) kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh hadith riwayat Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:

“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tatu) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”
(*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
Islam itu mudah. Islam juga turut membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat antaranya :

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.


Kesimpulan

Mungkin bagi kita perakra sedemikian amat menyusahkan kita. Tetapi itulah Islam. Menjaga maruah serta kehormatan seseorang. Penulis masih ingat lagi tika mana pensyarah berkongsi. Fitnah itu boleh timbul seandainya ada di antara mempelai tersebut yang bermuka hodoh. Sebagai contoh si lelaki kacak berkahwin dengan wanita hodohn perkara sebaliknya.

Sudah tentu menjadi bualan hangat ibarat bagai pinang dibelah 8 lah..macam-macam.

Renungkanlah..

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, “Bersanding dalam Pandangan Islam”

1 thought on “Persandingan ; Haram ker?”

Leave a Reply to samdaddycool Cancel reply