Ni Abang Long Ke Kak Long?

Isu ini bukanlah satu benda baru dalam aspek pemikiran kita. Sudah dikaji malah dianalis oleh pakar psikologi mengapa hal sedemikian sering terjadi. Lelaki lembut sering diketengahkan sebagai istilah pondan dalam masyarakat kita. Tidak hairanlah golongan ini cukup popular meniti bibir mahasiswa kampus.

Penulis masih ingat lagi, ketika itu Pra Majlis Persidangan Pelajar KUIS (MPPK) telah diadakan. Himpunan pimpinan pelajar berkumpul semeja membincangkan isu mahasiswa. Bangun seorang pelajar melontarkan permasalahan secara serius. Penulis menyemak semula draf MPPK, benar isu ini telah dibincangkan sebelum ini.


Tidak cukup itu lagi, sahabat penulis sebelum ini telah menganjurkan satu pertandingan Debat Piala Rektor. Secara tidak langsung timbulnya kontroversi apabila tajuk lelaki lembut menjadi pilihan. Di manakah silapnya? Seolah-olah menjadi isu sensitif untuk dibicarakan.

Secara asasnya kita tidak boleh menyalahkan golongan sedemikian. Apakah punca penyebab perkara sedemikian berlaku? Isu ini rasanya agak panjang untuk hurai. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.
(49 : 13 )

Kedua-duanya adalah sama iaitu diciptakan oleh Allah SWT. Namun masih terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan. Lelaki disifatkan sebagai seorang yang keras dan perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Walaubagaimanapun mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu.

Secara umumnya lelaki diciptakan sebagai khalifah untuk mentadbir alam ini. Dan kewujudan wanita adalah menjadi tulang belakang dan pembantu kepada lelaki. Namun secara realitinya sekarang adalah berbeza walaupun peratusannya agak kecil. Lelaki lembut secara umumnya lebih gemar beperwatakan seperti seorang perempuan. Cara berjalan sehinggalah ke aspek pemakaian. Dalam Islam ia suatu yang ditegah dan diharamkan.

Berketetapan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud :

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki.
(Riwayat Bukhari)

Hadith tersebut telah menjelaskan dengan terperinci. Namun jangan ada silap dalam percaturan. Kebiasaannya apabila kita menyebut lelaki lembut lebih menjurus kepada skop yang luas. Secara umumnya lelaki lembut disifatkan sebagai lelaki yang sejati, lembut perututurannya. Namun gejala yang membimbangkan kini adalah masalah sosial muncul dengan pelbagai budaya dan ragam.

Salah satunya adalah masalah yang dibawa oleh kelompok lelaki lembut yang wujud di dalam persekitaran gedung ilmu. Secara jujurnya, penulis sendiri mengakui kampus sendiri turut terkena tempiasnya. Seperti hidup bersosial dengan rakan perempuan, budaya pinky yang menjadi gaya dan trend dalam kalangan lelaki lembut.

Melihat kepada fenomena ini, penulis kira ia satu perkara yang boleh mendorong pelajar terpengaruh dengan dunia yang jelas bertentangan. Penulis rasa ini baru sahaja mukaddimah, belum masuk lagi kepada isi. Namun biarlah para pembaca yang menilai dan merenung sejenak.

Adakah kita hanya membiarkan mereka terkapai-kapai atau menarik mereka ke pangkal jalan? Luahan mereka sebenarnya adalah ingin didekati, bukan dicemuhi.

4 thoughts on “Ni Abang Long Ke Kak Long?”

  1. ada orang yang lembut hatinya tapi keras pada zahirnya..
    ada pula orang yang luarannya tampak lembut tetapi hatinya keras umpama batu..
    dapatkah anda nampak perbezaannya?

    Reply
  2. sy nampak perbezaanya..

    lembut di sini sy lebih memfokuskan kepada mengikut cara@gaya wanita..

    Allah SWT mencela orang yg lelaki@perempuan menyerupai berlainan sejenis

    Reply
  3. salam….
    kadang2 ia belaku sbb pengaruh n de sejarah yg berlaku kat depa…

    jd kt sbgai kwn or shbt kene la gak berusaha tuk bantu dia berubah.
    ana de kwn tomboy,skrg ana n kwn2 cuba tuk dia berubah,tp kita kene la pandai berhujah,sbb dia pun byk dolak -dalihnya.tp alhamdulillah de la perubahan tu skt…..kte yg kene pandai ajak n berhujah….

    Reply
  4. Betul.. kebiasaanya ia lebih kepada sejarah mengapa ia menjadi sedemkian rupa..

    Mungkin atas faktor keluarga..keadaan sekeliling..

    Reply

Leave a Reply to ahfizfazi Cancel reply