Andai dapat undur masa,
Tidak mahu rasanya aku mengenali atau mengetahui
Tentang hidupmu yang penuh likuSetelah mengenali dirimu,
Hatiku memaksa untuk mengetahui siapa dirimu,
Apa tujuanmu hadir dalam hidupku,Mungkin kau bolehku gelar,
Kawan,
Sahabat,
Teman,Tetapi belum masanya lagi untuk aku menggelarkan dikau seorang Kekasih.
Jika dilihat susunan, ia bermula daripada kawan, sahabat dan seterusnya teman. Saya kurang mengerti, adakah ia mempunyai pendekatan yang berbeza? Istilah kawan mahupun sahabat sering digunakan tidak kira pada siapa yang berkawan pada kita.
Namun bagi pendapat saya tentang istilah teman, ia digunapakai oleh insan yang punya hati untuk berkasih. Mungkin pandangan saya ini ditolak, saya percaya.
Perbezaan istilah ini sering dibincangkan dalam forum-forum di internet. Mereka lebih kepada penyusunan mengikut kategori. Bermula dari bawah sehinggalah ke atas. Namun saya lihat perbincangan itu hanya tertutup tidak lebih kepada apa yang realti, sekadar berfantasi.
Ramai orang bertanya bagaimana untuk mencari sahabat sejati?
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Kita ingin memiliki sahabat yang baik, sahabat yang sejati. Tetapi adakah diri kita sudah cukup sempurna untuk bergelar seorang sahabat yang baik? Jika persoalan itu dituju, saya akan memberikan jawapan yang saya kira agak ringkas namun padat.
Saya umpamakan seperti dalam situasi win-win. Jika saya susah, saya nak kawan berada di sisi saya. Jika saya senang, saya nak kawan berada di sisi saya. Pendek kata, susah senang bersamamesti bersama. Apabila susahnya kita, senangnya kita secara tidak langsung kita dapat mengenali hati budi antara satu sama lain.
Dalam perkenalan, saya tidak mahu fokuskan kepada berlainan jantina. Saya kira jika congakan buat berlainan jantina, mungkin ia sedikit berbeda. Dalam hadith ada menyebut yang bermaksud :
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Hadith di atas menjelaskan betapa pentingnya dalam mencari seorang sahabat. Mereka turut berperanan dalam aspek mencorak kehidupan kita. Lantaran itu, berhati-hatilah dalam soal memilih kawan. Dalam persahabatan juga, tidak kira apa jua situasi sekalipun aspek memahami dan pengorbanan perlu diterapkan.
Mungkin kadang-kadang hati ini mudah terusik,tatkala mengharap perhatian sahabat namun tidak dapat kita nikmati. Mungkin kerana sibuk atas urusan dakwah, barangkali kerana lupa seperti mana saya juga sering lupakan mereka atau mungkin kerana sudah tiba masanya untuk kita bersikap serius dalam kehidupan ini dan memandang jauh ke hadapan.
Tidak selamanya kita akan dikelilingi sahabat baik yang kita harap dapat membimbing dan mendidik diri kita ini. Ada sahaja kemungkinan Allah campakkan diri kita di atas sebuah pulau yang kontang dengan Islam dan kita tidak punya sesiapa kecuali Allah untuk membantu kita menghidupkan dakwah di bumi itu. Sudah tiba masanya kita bergantung lebih pada Allah berbanding dengan manusia.
Subhanallah, sahabat itu terlalu penting, namun tidak selamanya mereka dapat bersama kita. Sahabat boleh pergi dan berganti, namun Allah tetap di sisi.
Tetapi ingatlah, jika hari ini kita membawa haluan usah bersedih atas perpisahan ini.
Benar, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, jangan salahkan pertemuan kerana tanpanya kita pasti tidak bertemu.
Salam.
TAHNIAH atas rupa baru blog saudara. Saya juga sedang merangka rupa baru untuk blog saya;-)
Terima kasih saudara Ikhtiaruddin kerana singgah di blog saya dan tinggalkan komen. Saya sudah membalas komen tersebut. Mungkin sauadara sudah lupa, di sini saya sertakan pautannya;
http://ustazcahaya.com/umum/umat-islam-boleh-semak-arah-kiblat-khamis-ini.html
Wslm…
Syukran 'ala ziarah…
nanti sy akan ziarah blog nta…
Thankso for this worthy stuff and informatin.
salam putera..tanx…nice info…