Cara Mendapatkan Produk Fizikal Dari China

Sejak akhir-akhir ini telefon bimbit saya sering menerima SMS bertanyakan tentang produk Iphone buatan China. Maka pada artikel kali ini saya akan cuba membongkarkan tempat-tempat yang sering menjadi pilihan penjual untuk mendapatkan produk-produk dari Negara China. Barang buatan dari ini China sememangnya terkenal dengan barangan yang seakan sama seperti produk asli antaranya seperti telefon bimbit Apple Iphone, Blackberry, Apple Ipad dan lain-lain lagi.

Sebagai Penjual

Terdapat dua method untuk mendapatkan produk tersebut iaitu secara melalui online mahupun datang terus kepada pembekal di China. Sekiranya anda merupakan usahawan tegar dan mempunyai modal yang besar untuk melabur, anda boleh terus mengikuti kursus Usahawan Muslim Entrepreneurs Business Trip to China. Mereka merupakan organisasi yang memberikan latihan kepada bakal usahawan untuk produk barangan China.

Bagi method yang kedua adalah berdasarkan pesanan produk secara online. Nampak mudah, namun ia memerlukan ketilitian dari pelbagai aspek agar kita tidak ditipu oleh penjual di sana. Antara laman web popular yang menawarkan produk borongan China adalah seperti Alibaba.Com dan DHGate.Com. Urusniaga di internet memerlukan kita untuk membuat perhubungan dua hala di antara pembeli dan pembekal. Komunikasi yang digunapakai adalah dalam bahasa Inggeris. Saya pernah ditertawakan oleh seorang pembekal Blackberry yang mana harga yang saya minta tidak logik untuk pasaran ketika itu. Itu pengalaman pertama!

Transaksi adalah menggunakan method pembayaran kad kredit, kad debit ataupun Paypal dengan menggunakan matawang US Dollar (USD).

Sebagai Pembeli

Sebagai seorang pembeli kita boleh memilih untuk membeli di laman -laman web terkemuka seperti Lelong.Com.My. Lelong merupakan tempat lelongan barang dagangan terbesar di Malaysia selepas mengatasi Ebay Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pasaran online di Malaysia sudah semakin berkembang maju ke hadapan.

Kebanyakkan produk yang dijual di Lelong adalah merupakan produk yang datangnya dari Negara China kecuali produk asli. Tambahan pula, hampir semua barangan berjenama turut dijual di sana antaranya Sony, Nokia, LG, Motorola, Samsung dan lain-lain lagi.

Sudah menjadi fitrah, sebagai pembeli sememangnya kita mahu mendapatkan dengan harga yang terlalu murah. Namun jangan terlalu terpedaya dengan harga yang terlalu murah bagi sesuatu barangan. Kita mampu menilai dari sudut jenama dan kualiti. Pilihan berada di tangan kita.

Fakta Menarik

Kosmo Online ada menyiarkan seorang remaja berusia 17 tahun telah mengaut keuntungan sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual  bingkai iPhone putih. Produk tersebut juga dibeli dari pembekal di negara China.

Sumber : Kosmo Online

Kesimpulan

Pemasaran perniagaan secara online mampu memberikan pulangan yang lumayan dengan menggunakan konsep pelaburan minima, keuntungan maksima. Di samping itu kita juga dapat mencapai Return Of Investment (ROI) dalam jangka masa yang singkat. Sama ada pembeli mahupun penjual, kita perlu tanamkan sifat kejujuran dalam berniaga. Elakkan sebarang penipuan hatta 1 sen kerana dengan hanya 1 sen itulah, kita akan dipersoal di akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 188)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah An-Nisaa: Ayat 29)

Allahu’alam.

21 thoughts on “Cara Mendapatkan Produk Fizikal Dari China”

  1. salam.sebelum tu saya nak pekenallam diri saya.nama saya mohd sopian..berkenaan dengan dhgate.saya ada beberape soalan yang ingin diajukan ..sebelum saya membuat pembayarn di dhgat ,saya nak tahu kebenaran tntang dhgate.boleh pcye ke tak.soalan kdua cara pembaayran.di dhgata ada menyatakan bebrape cara membuat pesan.cara yang mane lebih berkeasn dan selamat.soalan ketiga saya nak tau pengalam tuan yang telah membuat tempahan di dhgate.sekian terima kasih

    Reply
    • Wsalam..
      Sdr sopian,

      berkenaan dgn DHgate, ia merupakan laman web yang dikhususkan kepada pemborong/penjual.
      1) DHgate memang dipercayai tetapi ia bergantung kepada beberapa perkara.
      Antaranya sebelum membeli, sdr perlu melihat ‘feedback seller’ pada setiap barangan. Jangan terkeliru.

      DHgate merupakan tempat jual beli pasaran yang agak popular di seluruh dunia dan mempunyai ramai seller di sana.

      Kalau feedback seller lebih kepada positif, dan komunikasi antara sdr dgn seller baik, maka ia boleh dipercayai.

      Ada banyak cara pembayaran antaranya menggunakan kad kredit dan paypal.
      tetapi saya lebih suka menggunakan paypal kerana pertama :

      1) kalau sesuatu barangan yang kita order tak sampai, kita boleh membuat tuntutan dengan pihak paypal, dan pihak paypal akan membuat siasatan serta menggantung akaun paypal seller. maka, kes ini kebanyakkannya berjaya diselesaikan oleh pihak paypal.

      Macam saya kata tadi, perlu LIHAT feedback positif seller. Ia sangat2 penting untuk kita menilai.

      Tetapi kalau membeli sekadar untuk kegunaan diri sendiri, saya lebih mengesyorkan buat pembelian di Malaysia iaitu di ebay dan lelong.com.my.
      tetapi baik di lelong.com.my. di sana terlalu banyak produk dan mudah untuk kita bekerjasama. konsepnya mudah dan sama seperti DHgate.
      1st tgk feedbacks seller.

      Pembayaran kebiasaanya menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, dan kad kredit. bergantung kepada method yang dibawakan oleh seller di lelong.com.my.

      Reply
  2. salam,
    nak tanya you selalu order barang dari china ker? boleh ajar ke kalau order barang katakan dlm 3-4 kotak besar, macamana dia hantar? terus ke rumah ke kene ambil kat pejabat kastam kat pelabuhan? you selalu order macamana ye?

    terima kasih tuan.

    Reply
    • Wsalam,

      1) nak tanya you selalu order barang dari china ker?
      Saya bukan buat seorang diri, tapi projek dgn abg sy sendiri. Agak kerap order.

      2) katakan dlm 3-4 kotak besar, macamana dia hantar?
      Kebiasaanya mereka akan menghantar menggunakan EMS iaitu penghantaran pos laju antarabangsa. Semasa kita membuat pesanan, pembekal akan memberitahu berapakah harga caj penghantaran. Tapi kalau order terlalu banyak, caj akan naik semakin tinggi. Caj bergantung kepada berat dan saiz kotak.

      3) terus ke rumah ke kene ambil kat pejabat kastam kat pelabuhan?
      Setiap barang yang kita order dari China, pihak Kastam akan membuat semakan. Dan jika terdapat keraguan, barang kita boleh ditahan dan kita perlu mengambil di kastam. Semua barang pasti melalui kastam dan mereka kadangkala akan membuka kotak barang kita untuk membuat semakan barang. Barang dalam saiz berskala kecil memang akan terus sampai ke rumah melalui Pos Laju Malaysia.

      Semua barang yang diorder kebiasaanya melalui jalan udara ini bagi memastikan barang cepat sampai. kalau melalui pelabuhan mengambil tempoh masa yang lama sehingga berbulan tetapi caj yang murah.

      4) you selalu order macamana ye?
      Soalan terlalu umum.
      Untuk memudahkan. Setiap item yang disenaraikan di laman web yang ada dinyatakan di situ. Apabila you klik item yang dikehendaki, akan ada satu function untuk hubungi supplier, ataupun boleh chat secara online untuk bertanyakan sesuatu.

      Kaedah pesanan bergantung kepada sesetengah pembekal. Itu sebab, ada dinyatakan di atas, sebelum membeli kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan pembekal sama ada melalui emel ataupun Chat Online. mungkin kita boleh dapat harga diskaun ataupun sebagainya.

      Reply
    • Soal percaya atau tidak adalah bergantung kepada seller itu sendiri, sama ada jujur atau pun tidak.

      tetapi komen saya insyaAllah boleh dipercayai JIKA,

      1) mempunyai rate feedback yang sangat baik (latest feedback) dari buyer.
      harga yang tertera itulah harga yang saudari perlu bayar.
      konsep dia sama juga seperti di Dhgate.com, ebay etc
      mementingkan feedback dari seller.

      antara tips untuk mengelakkan ditipu, boleh berbual dengan seller melalui medium yang disediakan, sama ada emel, dan chatting.
      yang kedua, adalah memilih PAYPAL sebagai payment method.

      Alasan : sekiranya barang yang diorder tidak sampai, kita boleh dispute kepada seller untuk menuntut hak kembali.

      Reply
  3. Kebiasaanya penghantaran menggunakan kaedah EMS dalam tempoh berapa hari yer sampai ke rumah selepas membuat pembayaran?

    Reply
    • paling cepat dalam masa 5-7 hari.. tp kadang2 blh jadi lambat bila barang tersebut sangkut kat pihak kastam. kastam sebenarnya buka barang yang datang dari sana, atas tujuan semakan. tapi mereka akan bungkuskan semula barang tersebut.

      Reply
  4. salam, masi keliru..hm brg yg kita orde guna EMS tu hantar betul2 kat rumah ke?
    camne klau rumah dia jauh dok dalam. kalau kta order guna DHL ..kastam cek brg tu kat mane? kat pejabat DHL?

    Reply
    • Wsalam, EMS memang hantar kat depan rumah..
      tentang rumah jauh pendalaman tu, saya kurang pasti… kalau POSLAJU yg berdaftar boleh sampai rumah tuan, insyaAllah barang tu akan sampai…
      Jika tak, gunakan alamat yang memudahkan proses penghantaran barang..

      Soal kastam cek atau tak, itu luar bidang kawalan even menggunakan DHL, EMS atau kurier yang lain. Setiap barang yang melalui udara dari luar negara, akan memasuki pintu besar utama iaitu KLIA, so diorang akan semak di sana.. ini berdasarkan pengalaman, tracking number barang tersebut berada di KLIA untuk semakan.

      Reply
  5. saya bru berjinak-jinak niaga ngan org luar nie..saya ambil pun dr alibaba ngan dhgate..

    skrg ngah blajar2 pertukaran duit..ehehe

    cuma nak uat pembayaran tu mcm mna yerk..

    paypall utk yg ada kad kredit kan..

    kalo guna ems mcm mana yerk..saya kene daftar aper yerk..

    dan kalo guna western plak mcm mana…erm..dua cara tu jer kee yg leh uat..

    kalo bolee tuan reply kat email leh tak.. 🙂 nak mintak tunjuk ajar laa skit2..

    Reply
  6. salam, pertanyaan sy juga lebih kurang macm iqqa
    Saya baru jer regstr paypal tapi tidak tahu nak menggunanya dan tidak tahu bagaimana paypal berfungsi
    contohnya bagaimana kaedah/cara pembayarannya ?

    Reply
    • Wsalam,
      Paypal adalah akaun transaksi yang diiktiraf oleh bank seluruh dunia. Terutamanya penggunaan matawang USD, EURO, AUD termasuklah MYR (malaysia).

      Sebelum mendaftar, pastikan cik ana sudah mempunyai kad debit/kad kredit maybank atau public bank atau rhb bank dan sebagainya. Untuk makluman lanjut cik ana boleh merujuk di video tutorial ini :

      http://www.youtube.com/watch?v=zNoAzcmAR-g&NR=1

      Reply

Leave a Reply to iqqa Cancel reply