Buat Wanita Yang Aku Hargai

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ yang bermaksud :

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.

(An-Nisa : 1)

Wanita sering dikaitkan dengan golongan yang lemah dan sering ditindas. Apatah lagi golongan ini juga sering menjadi mangsa kepada golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Maka tidak hairanlah, timbul pelbagai isu antaranya penderaan, pencabulan, peras ugut dan sebagainya. Islam telah meletakkan kaum wanita di tempat sewajar dan sepatutnya yang sesuai dengan fitrah kejadiannya yang dijadikan daripada tulung rusuk nabi adam.

Read more

Matlamat ; 1 Muharram 1432


Kehadiran 1 Muharram mengingatkan kita kembali tentang sejarah penghijrahan baginda Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Penghijrahan itu berlaku pada tahun 622 Masihi iaitu 1388 tahun yang lalu. Selepas baginda wafat, Saidina Umar al-Khattab r.a. telah menetapkan kalendar Islam berdasarkan penghijrahan pertama oleh Nabi Muhammad SAW. Penetapan ini bagi melaraskan kalendar Islam kerana ketika itu terlalu banyak kalendar yang digunakan antaranya kalendar Romawi, kalendar Persia, kalendar Tahun Gajah dan seumpama dengannya. Walaupun pada ketika ini, kita menggunapakai sistem kalendar Gregorian, kalendar Islam tetap menjadi rujukan bagi umat Islam.

Read more

Cara Mendapatkan Produk Fizikal Dari China

Sejak akhir-akhir ini telefon bimbit saya sering menerima SMS bertanyakan tentang produk Iphone buatan China. Maka pada artikel kali ini saya akan cuba membongkarkan tempat-tempat yang sering menjadi pilihan penjual untuk mendapatkan produk-produk dari Negara China. Barang buatan dari ini China sememangnya terkenal dengan barangan yang seakan sama seperti produk asli antaranya seperti telefon bimbit Apple Iphone, Blackberry, Apple Ipad dan lain-lain lagi.

Read more

Basmalah Sebahagian Daripada Al-Fatihah?

“Eh kau pergi amik Quran, abang nak bincang sikit pasal hukum”

“Part mana?” Saya bertanya.

“Surah al-Fatihah”

Saya lantas bangun mencapai al-Quran yang terletak di atas almari. Pandangan saya mula tertumpu kepada surah pertama al-Quran. Mata meliar melihat baris-baris ayat sehinggalah kepada ayat yang terakhir. Abang saya memulakan bacaannya. Perbincangan ini memakan masa hampir sejam. Ia hanya tertumpu kepada soal kepada hukum tajwid antaranya sebutan makhraj, harkat dan lain-lain lagi.

Read more

Tragedi Oktober | Siapa Sangka?

Ada di antara kita menantikan debaran detik 10 Oktober 2010 yang dianggap sebagai tarikh unik. Debaran itu tidaklah keterlaluan namun sekadar terselit perasaan teruja masakan ia berlaku sekali seumur hidup. Antara yang mengalami debaran tersebut adalah pasangan bakal pengantin yang memilih sebagai tarikh pernikahan. Turut tidak terkecuali adalah pasangan merpati sejoli di antara Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos.

Read more