Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?

Kewujudan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang kini menjadi bualan hangat, tidak kira di dalam mahupun di luar kampus sedikit sebanyak mengelirukan segelintir mahasiswa. Ada menyokong, dan ada yang membantah. Ada yang mengatakan ia badan yang ditubuhkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib Azamudden dalam gerakan ini. Pelbagai andaian dibuat, dan sememangnya MPM KUIS tidak terlibat dalam gerakan ini. Keterlibatan Timbalan Presiden MPM adalah merupakan satu tindakan yang bersifat individu tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak. Tetapi mengapa beliau berbuat demikian?

Walaupun saya tidak lagi menerajui badan tertinggi tersebut, sememangnya saya amat berterima kasih kepada beberapa orang mahasiswa yang sering memberikan maklumat tentang isu politik di kampus. Dan yang terbaru ini adalah berkenaan GMS yang sering disebut-sebut sebagai pejuang kebajikan mahasiswa.

Puluhan blog sudah saya layari, dan melihatkan ada memberi hujahan tanpa fakta, dan ada yang bersifat melulu beremosi mungkin. Berita Harian dan TV3 turut tidak terlepas daripada membuat ulasan dalam kejadian demonstrasi yang dilakukan GMS. Gerakan ini telah memainkan isu harga yuran yang semakin meningkat. Dan meminta pihak pengurusan KUIS mempertimbangkan supaya ia dapat diturunkan.

Soal penurunan harga yuran KUIS kepada berapa peratus? Saya kurang pasti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mempunyai fakta. Saya juga tidak mengetahui kandungan memorandum yang diserahkan kepada Dato’ Rektor. Saya percaya GMS telah melakukan satu tindakan drastik yang menyebabkan pengurusan tidak senang duduk.

Persoalan ; Mengapakah Timbalan Presiden MPM terlibat dengan GMS ?

Jika ditanya kepada saya, mengapa perlu dipersoalkan keterlibatan saudara Akram Ikrami. Bukankah saya sudah meletakkan ia bersifat individu?

Semasa saya memegang tampuk kepimpinan MPM 07/08 bersama pimpinan Mohd Rasyidi Ali, Mohd Ariff Abd Sarip dan lain-lain lagi terdapat beberapa isu yang dapat ditimbulkan. Kalau ada sesiapa masih ingat lagi satu edaran risalah telah dilakukan pada sekitar bulan Jun 2008. Antara kandungan adalah harga yuran yang semakin mahal. Isu tersebut telah mendapat respon daripada pihak KOSMO sehingga kami dipanggil oleh pihak pengurusan.

Setelah membuat perbincangan secara tertutup bersama Timbalan Rektor dan JPM dan akhirnya sebulat suara membentuk satu jawatankuasa yang dinamakan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS (MUAFAKAT). Suka saya bertanya, sejauh manakah mahasiswa KUIS sedar kewujudan MUAFAKAT ini? Persoalan ini saya fokuskan kepada ahli GMS terutamanya. Kerana ia dilakukan bukanlah secara berdemonstrasi tetapi secara rundingan. Saya kurang pasti adakah MUAFAKAT ini masih diteruskan? Itu kena tanya pada Presiden MPM KUIS 08/09.

MPM KUIS 07/08 telah menghadiri persidangan MUAFAKAT sebanyak dua kali iaitu pada 25 Julai 2008 dan 29 Ogos 2008. Persidangan ini diadakan di Banquet Hall First Cafe dan Bilik Galeri KUIS. Dan untuk makluman, persidangan ini bukanlah hanya dihadiri oleh Timbalan Rektor sahaja tetapi oleh semua pihak pengurusan.

Antaranya Timbalan Rektor, Pegawai Khas Rektor, Timbalan-timbalan Dekan Fakulti, Pengurus-pengurus Jabatan, dan Dekan JPM. Jika dilihat ia dihadiri hanpir 99% pengurusan tertinggi di KUIS. Pihak MPM KUIS 07/08 telah membuat satu dokumen resolusi yang mengandui beberapa usul. Antaranya aduan mahasiswa tentang kenaikan yuran, kadar caj elektrik yang terlalu mahal, kadar yuran asrama yang terlalu membebankan dan lain-lain lagi.

Pembentangan usul ini dilakukan oleh Presiden MPM KUIS 07/08 Mohd Rasyidi Ali pada 25 Julai 2008. Dan untuk makluman juga, sebelum pembentangan usul dilakukan, pihak MPM KUIS 07/08 telah mengadakan persidangan khas bersama Majlis Perwakilan Qaryah bertujuan menyemak semula isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam dokumen rasmi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Ingin saya petik daripada keratan akhbar tentang kenyataan Presiden GMS Ahmad Syafiq Akmal.

“Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15% manakala pengajian sarjana muda 10 peratus”

Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan tersebut. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Namun kenyataan tersebut secara jelas dan nyata bertentangan dengan fakta berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.

Usul pihak MPM KUIS 07/08 pada 25 Julai 2009 berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan. Pihak Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Ustaz Mohd Khairi Bin Hj Husin bersetuju membawa usul ini di bawa pula ke mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi.

Pada 11 Ogos 2008, Pihak MPM KUIS 07/08 telah dimaklumkan bahawa usul kami telah diluluskan. Namun sedikit syarat dikenakan iaitu penurunan yuran pengajian berlaku kepada pelajar yang mendapat GPA 2.70 ke atas sehingga mencapai 15%. Kenyataan saya ini berdasarkan bukti dokumen rasmi Resolusi MPM KUIS 07/08 dan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.
Persoalan ; Mengapa GMS ditubuhkan sedangkan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS telah wujud?

Dijelaskan di sini, ahli jawatankuasa MUAFAKAT bukan hanya terdiri daripada MPM sahaja, malah ia termasuk kepada pihak pengurusan tertinggi dan pimpinan Majlis Perwakilan Qaryah (Kolej Kediaman). Dan kenyataan saya bukanlah bersifat mengaibkan sesetengah individu. Namun sepanjang proses perbahasan, jika ada di antara kami mahupun pihak pengurusan yang bersifat sambil lewa sudah pasti dimarahi.

Saya masih ingat lagi ada satu jabatan yang gagal menyiapkan suatu dokumen untuk dibentangkan kepada majlis MUAFAKAT. Akhirnya beliau dimarahi oleh pengurusan tertinggi di hadapan kami. Sedikit terkejut, namun itulah realiti sebenar yang pernah dilalui.

Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).

Bukankah MPM KUIS selaku badan tertinggi mempunyai saluran yang betul? Mungkin ada di antara kita yang ‘malas’ mahu berurusan dengan pihak atasan atas alasan ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Itulah yang perlu kita hadapi, karenah birokrasi sesuatu jabatan memang sentiasa berlaku sama ada di badan kerajaan mahupun bukan bukan kerajaan.

Tindakan GMS membuat demonstrasi telah menyebabkan KUIS mendapat liputan meluas termasuk akhbar dan stesen TV3. Kesan daripada itu, saya telah dimaklumkan ramai pelajar telah menghadapi kesukaran mendapatkan tempat latihan praktikal. Dan tidak cukup itu lagi, permohonan mereka terus ditolak. Lantaran itu, saya difahamkan ada beberapa mahasiswa mula kecewa dengan tindakan GMS berhubung dengan perkara ini.

Saya mohon kepada sesiapa datangkan kepada saya “statement” yuran pengajian bagi IPTS di Malaysia. Terima kasih.

*Kenyataan saya berdasarkan fakta dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Sekian.
http://myikhtiar.com

Etc

Mantan Presiden MPM 07/08
Mantan Setiausaha Kehormat MPM 07/08
Mantan Yang Dipertua MPP 06/07
Mantan Yang Dipertua MPP 05/06

58 thoughts on “Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?”

  1. Terima kasih atas cadangan untuk berarak di bangunan SUK. Insyaallah cadangan tersebut sememangnya termaktub dalam taqwim GMS bergantung pada keperluan. Namun GMS mengalu-alu kehadiran seluruh mahasiswa untuk turut serta dalam perarakan tersebut.

    Reply
  2. Syafiq tu bukan pemimpin, tp perosak akhlak. IPTA mana yg nak terima beliau? bukan menggadaikan imej. tp telah menggadaikan maruah keluarga beliau sendiri. bagus la tu. memang sukar nak temui pemimpin seperti dia sebab org macam tu bukan pemimpin tp perosak. jd memang la susah nak jumpa perosak macam tu kat bumi ni sebab x disangka wujudnya perosak macam beliau di KUIS yg aman ni. Merosakkan imej IPTS Islam je golongan mcm beliau tu. x layak duduk di KUIS.

    Reply
  3. Ahmad Syafiq Akmal telah berjaya mengembalikan kegemilangan mahasiswa IPT Islam yang telah sekian lama kelam. Universiti Islam turki merupaka natara yang paling tersohor dalam membawa wadah kebangkita pelajar begitu juga dengan Universiti Islam Iran. DI Malaysia, KUIS sepatutnya menjadikan UIAM sebagai model kajian dalam mencuplik idea mahasiswa yang berani dan vokal dalam membina idealisma.

    Reply
  4. wujudkan tabung untuk MamatSyafiq. taja dia ke U Turki dan Iran. Taja dia belajar pandai2 sampai boleh masuk UIAM. KUIS x rugi hilang/buang golongan GMS ni.

    Reply
  5. setakat statistik sapa2 pun blh buat. gi la panggil tv n media temual bual keluarga yg susah ni. baru la betul. baru la nak membantu. jgn buat fitnah dan memalukan umat Islam dikuis jer. berarak la cepat2 ke SUk n MAIS. x kan minggu ni sonyap jo. jgn buat taqwim je nak berarak tp pengecut.

    Reply
  6. jangan gaduh2..
    kita sama orang islam..
    x kan pasal hal ni ukhwah terputus..
    ingat kita x boleh menunding jari pada sebelah phk shj..
    ssgghnya allah lebih mgetahui yg mne bnr dan yg mne slh..

    Reply
  7. jangan gaduh2..
    kita sama orang islam..
    x kan pasal hal ni ukhwah terputus..
    ingat kita x boleh menunding jari pada sebelah phk shj..
    ssgghnya allah lebih mgetahui yg mne bnr dan yg mne slh..

    Reply
  8. jangan gaduh2..
    kita sama orang islam..
    x kan pasal hal ni ukhwah terputus..
    ingat kita x boleh menunding jari pada sebelah phk shj..
    ssgghnya allah lebih mgetahui yg mne bnr dan yg mne slh..

    Reply
  9. GMS memang penakut. baru kata ketua barua GMS nak kena buang ada yg dah mintak maaf. konon2 terpengaruh ngan org lain.kena pukau la. janji x nak buat lg la. dah buat salah baru nak bg alasan macam2. setakat memorandum desak yg korang hantar tu apa la sangat. statistik carta pai bermuka-muka surat tp fakta x de. yg ada semuanya ota je lebih. ingat kami student yg senior ni x tahu apa agenda GMs ni sebenarnya. masalah peribadi korang sendiri, korang hasut yg lain bantu korang. udah2 le tu gilo kuaso…

    Reply
  10. PENULIS BLOG NI AKU DEN TAHU LA HANG KENA TINDAKAN TATATERBIT SBB DEMO KAT PUTRAJAYA DULU. STUDENT PUN X SUKO HANG. JGN LA NAK LAGA2 KAN MPM SEKARANG NI YG BAIK BUDI PEKERTINYA. AKRAM SING WALIA TU BLH LA HANG SOKONG SEBAB SAMA2 PEMUSNAH KUIS MCM HANG.

    Reply
  11. Kenapa mengeluarkan kenyataan sy membela akram dan GMS?

    Jika benar saya membela mereka..apa buktinya?

    Kamu kenal tak sy ni siapa?

    Reply
  12. hehe..sesiapa yang dtg blog ni baca le posting biar habis….jgn duk tuduh orang sembarangan, posting ni adalah yg terbaik mengenai fakta berkenaan perjuangn MPM KUIS dalam membela mahasiswa KUIS berkenaan kebajikan.

    Reply
  13. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  14. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  15. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  16. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  17. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  18. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  19. dipersoalkan pasal masyarakat??
    GMS gaybang
    membuat sesuatu sebelum berfikir
    apa yg sudah jd wat mase skrg

    ya korg manangung dosa2 yg banyak sebenarnya
    ape yg jd pade kuis
    nila setitik rosak susu sebelanga

    kalau kepimpinan GMS ni bodoh2 belake sy x kisah
    tp jgn bodoh sombong ya
    ezad aziz get put from kuis ya
    x usah nak bz body lg
    coz anda bukan student sini hehe

    kepade dak2 gms yg x pat PTPTN
    belaja bersunguh sunguh
    x perlu dok tepi jalan tunjuk perasaan
    rugi jer sume 2

    yuran mahal erk
    2 la cian korg
    erm tkar kolej je lah erk
    ajak shafik akmal 2 sekali
    akram pon same ya..ar kirim slm kat bapak kau

    Reply
  20. cubalah guna perkataan yang sopan sikit…
    kita berdiskusi biarlah jaga tatasusila sebagai seorang muslim…baik sama ada pro-GMS mahupun pro-KUIS/MPM/MUAFAKAT/GKM.jgn kerana xpuas hati terhadap satu pihak, kata-kata herdikan, cacian, lucah, atau yang kurang elok digunakan…

    Reply
  21. ko yg membebel byk apasal.
    korg yg kutuk gms 2 yg tolol.kurg2 diorg buat jgk keje.Wlaupon KUIS ni swasta.tp berpada pada la cket.dhla Islamic kolej.ptot tlong org islam.bukan membebankn.ko berdiskusi,bermuafakat pe jadah 2.yuran tetp berjalan la bro.ape yg burok sgt dgn demonstrasi 2.berdosa ker??

    Reply
  22. alahai.. Ingatkan dah habis isu ini..

    Berdiskusi, bermuafakat pe jadahnya?
    Ni soalan ke perli?
    Ke nak suh saya huraikan apa maksud berdiskusi tu?

    Berdemonstrasi tu berdosa?
    Ada ke artikel saya mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi itu haram? Jika ada, mana sila buktikan.

    Sikit pun saya tidak mengeluarkan kenytaan ingin mengutuk tindakan GMS. tetapi artikel saya semua nya berdasarkan fakta yang saya ada berdasarkan pengalaman saya selaku Naib Presiden MPM sesi 07/08.

    Clear?

    Reply

Leave a Reply to wakLU Cancel reply