
Sejak akhir-akhir ini medium pembangunan blog sudah semakin pesat maju setapak ke hadapan. Tidak kira sama ada ia berbayar mahupun percuma, pokok pangkalnya ia bermula dengan tujuan. Tujuan itu satu matlamat, dan matlamat itu tidak menghalalkan cara.
Baru-baru ini saya telah menjumpai sebuah laman web berasaskan platform yang baru sahaja dibangunkan. Namun tidak diketahui siapa tuan empunya badan. Laman yang boleh saya klasifikasikan sebagai perosak agama mana tidaknya mengumpul gambar koleksi kaum hawa yang datangnya dari pelbagai latarbelakang. Sungguh memalukan. Kalau artikel sebelum ini saya tidak pernah memberitahu sebarang bentuk link URL laman-laman sedemikian.
Baiklah hari ini saya akan dedahkan bagaimana kegiatan ini dilakukan. Laman web ini menggunakan slogan “Anugerah Terindah Ciptaan Tuhan” dan diadaptasikan dalam bahasa Inggeris. Mengikut perkiraan, laman web ini masih baru tatkala melihatkan trafik pelawat yang tidak seberapa. Namun ia semakin hari semakin meningkat.
Kerana Nilai 50 sen? Apa maksud penulis?
Okay. This one is really simple. You send us your collection of photos, we’ll pay you RM0.50 for each photo appear on (XXX).com. Easy?
You have two types of payment to choose. One, via mobile prepaid topup. Second, via direct banking. Any type of payment need RM10 as minimum payout.
Send it now to submit@(XXX).com.com. Any questions?
(Dipetik dari laman web tersebut)
Sebagaimana yang kita lihat, pihak admin laman web telah menawarkan wang kepada sesiapa yang menghantar gambar tidak kira ia bertudung mahupun tidak. Sekeping gambar yang dihantar, pengirim mampu menjana sebanyak 50 sen. Kiralah jika saya menghantar sebanyak 20 keping gambar sehari. Jika sebulan, sudah tentu saya sudah menjana sebanyak RM 300. Mudah bukan? Soal admin bayar ataupun tidak, itu bukan persoalannya.
Soalnya, percaya atau tidak untuk mendapat 20 keping gambar wanita untuk sehari sangat mudah. Mengapa saya mengeluarkan kenyataan sedemikian? Bukankah laman sosial kini banyak dibangunkan ibarat seperti cendawan yang tumbuh. Masakan tidak tangga teratas yang diduduki oleh Facebook kemudian MySpace dilihat sebagai satu punca ‘rezeki’ bagi pihak yang tidak bertanggungjawab.
Persoalan ; Salah siapa? Gambar dimanipulasi.
Tambahan pula, laman web ini turut memaparkan gambar dari pelbagai sudut. Antaranya, bertudung, tidak bertudung, separuh bogel dan tanpa pakaian. Jadi faham-faham sendiri lah. Nak tahu tentang laman web tersebut, boleh terus email kepada saya. Terima kasih.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudaranya, maka Allah akan memelihara mukanya dari api neraka”
(Riwayat Tirmidzi)
zaman skrg, kerana duit maruah org lain tergadai..ishh ishh..
-nasir-
Betul tu…
Kena pelihara maruah sesama kita..
Isshhh… ada ada saja cara orang buat business.. halal tak halal tak peduli..
itulah.. matlamat tidak menghalalkan cara..
Merosakkan bangsa dan agama…
tu la org akhir zaman…..duit yg lebih penting dr menjaga maruah org…….
setuju!
andai kita tahu menjaga maruah diri, maka ALLAH akan bantu kita. insaALLAH terjaga dr pndgn yg haram untuk yg halal…
InsyaAllah..
Amin..
Ya Allah ape nak jadi dgn bangsa kite skng ni…maruah ibarat permainan bg mereka..hnye krana nakkan keseronokan dunia, amaln akhirat disisihkan..anak muda pd arini lagsung xmempedulikan martabat n maruah diri sendiri…nauzubillah..tak takutkah mereka akan seksa d akhirat 6t??nauzubillah…saye nak bercakap soal akhirat pun bukanlah pndai n baik sgt…cume kite sbgai hamba Allah n sesama manusia haruslah saling engt-mengingati bukan saling jatuh-menjatuhi…same2la kite berdoa supaya “mereka-mereka” ini terbuka pintu hati untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah…^ ^
ya..moga kita saling ingat mgingati antara satu sama lain …:)