Sampai Bila Mahu Mengharap?

“Eh Ustaz, kenapa basuh pinggan ni?” Celah anak murid saya di sebelah. 

“Eh takpelah, simple jer, ustaz boleh buat.” Saya menyambung.

“Alahai ustaz, apa guna bibik kat dalam rumah ini?” Tegasnya.

Saya tersentak seketika, namun tetap melemparkan senyuman. Tidak mahu meneruskan kata-kata khuatir jika disalah anggap.. Walaupun mereka menjemput saya makan di rumahnya, perasaan hormat perlu ada. Ternyata berbeza sekali kehidupan di bandar dan di kampung. Walaupun majoriti orang di bandar lebih cenderung menggunakan khidmat pembantu rumah, namun segala kerja rumah tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada mereka.


“Eh Ustaz, kenapa basuh pinggan ni?” Celah anak murid saya di sebelah.

“Eh takpelah, simple jer, ustaz boleh buat.” Saya menyambung.

“Alahai ustaz, apa guna bibik kat dalam rumah ini?” Tegasnya.

Saya tersentak seketika, namun tetap melemparkan senyuman. Tidak mahu meneruskan kata-kata khuatir jika disalah anggap.. Walaupun mereka menjemput saya makan di rumahnya, perasaan hormat perlu ada. Ternyata berbeza sekali kehidupan di bandar dan di kampung. Walaupun majoriti orang di bandar lebih cenderung menggunakan khidmat pembantu rumah, namun segala kerja rumah tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada mereka.

Adakah pinggan sebesar tapak tangan perlu diserahkan kepada pembantu rumah?

Saya tidak bermaksud untuk menghangatkan isu ini, namun sedikit terkilan. Bagi saya, setidak-tidaknya anak kita kelak tidak mewarisi generasi orang yang malas. Saya tidak pernah mempunyai pembantu rumah, namun saya dapat merasakan kesannya kelak.

Ibu bapa sibuk, penjagaan anak terletak pada pembantu rumah. Dimanjakan, disuap, sampai bila harus jadi begini? Tidak salah jika khidmat mereka diperlukan, tetapi jangan sampai suatu hari nanti anak kita kekok untuk mengemas rumah.

Apabila penulis menyentuh isu pembantu rumah, isu ini sebenarnya sudah lama berlaku tika zaman rasulullah s.a.w. lagi. Di antara Puteri Rasulullah, Siti Fatimah dan suaminya Sayyidina Ali dalam konflik pembantu rumah.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri. Siapa tidak sayangkan isteri kan? =)

Kisah ini bermula tika mana, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.” Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri.

Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?” Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas, Baginda Rasulullah mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?” “Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan tersebut sungguh berkesan meskipun tiada seorang pun pembantu rumah. Saya mendapat kisah ini ketika menghadiri majlis ta’lim bersama rakan. Alhamdulillah saya pernah mengamalkannya, memang ternyata, jika kita yakin InsyaAllah Allah akan membantu.

Saya harap pandangan saya tidak disalahertikan, namun bagi saya menggunakan khidmat pembantu rumah tidak salah. Cuma jangan sampai anak kita tidak tahu melipat selimut sendiri. Logik atau tidak, fikirlah sendiri.

 

2 thoughts on “Sampai Bila Mahu Mengharap?”

  1. klu ank zaman skrg di manjakan pasti bla bsr nnti x taw nk wat keje sbb ms kecil smua keje di wat leh pmbantu rumah….n mesti tak biasa hdp ssh…….

    Reply

Leave a Comment