Cikgu, Terima Kasih Ea…

PERTANDINGAN SAJAK

“Ikhtiar, pukul 2.30 awak sibuk tak? Cikgu nak minta tolong?”

“Tak ada apa kot, pergi prep je la. Kenapa cikgu?”

“Minta tolong jadi MC untuk pertandingan sajak”

“Peh sajak??” Kata saya dalam hati.

“Ala tolonglah, nanti cikgu belanja”.

“Eh takpe lah, saya boleh je cikgu”.

REKOD MARKAH

“Ikhtiar, cikgu minta tolong boleh?”

“Apa dia cikgu?”

“Tolong key in markah dalam komputer boleh?”

“Nak buat kat mana?”

“Ni kunci bilik guru, jangan lupa tutup aircond”

“Baik cikgu”

BIRO PERHUBUNGAN

“Mulai hari ini, awak kena selalu jumpa saya” kata Warden

“Kenapa pulak cikgu?”

“Setiap apa yang saya nak sampaikan pada pelajar, kamu take note, selepas itu publish kat student. Guna komputer kat bilik saya. Ok? Sebab awak biro perhubungan pelajar.”

“Baik cikgu”

KHATAM AL-QURAN

“Ikhtiar, cari nama budak 30 orang untuk majlis khatam 30 juzuk”

“Kat mana ustaz?”

“Kat area mana, lupa pulak, cari dulu, nanti ustaz beritahu kemudian”

“Ok ustaz”

JASA SEORANG GURU

Sebahagian Guru-Guru SMTAQ.

Sukar dan memang sukar untuk diterjemahkan bagaimanakah cara kita menghargai jasa seorang guru. Baik guru tadika, guru sekolah, guru di universiti mahupun guru memandu. Kerana merekalah kita menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat.

Sejak dari tingkatan 1 lagi, kami sudah diterapkan bagaimana untuk memberi khidmat kepada guru. Memicit bahunya, memicit kepalanya, memicit kakinya, dan lebih daripada itu. Makan sedulang, menggerak subuh bersama. Ibarat seperti berada di sebuah sekolah pondok. Subhanallah.

Seawal 7.00 pagi kami sudah tergelak-tergelak di koridor blok akademik apabila melihat rakan-rakan didenda berjalan itik akibat lewat 7.01 minit ke sekolah.  Tetapi Alhamdulillah, sepanjang saya bersekolah di sana, hanya 2 3 kali sahaja berjalan itik. 😀

Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kerana mengajar kami, mencurahkan ilmu, mendenda, merotan, berkongsi pengalaman, dan pelbagai lagi. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

Kenangan yang sukar untuk dilupakan 🙂

Guru yang kami anggap sebagai rakan. Sangat friendly 🙂

Guru BM rasanya merangkap guru library | Jangan tanya kenapa kalau library sentiasa penuh. 😛

Adik-adik  junior yang sedang menjalani ujian hafazan al-Quran. Semoga menjadi seorang huffaz yang berjaya.

Majlis meraikan pelajar yang selesai hafazan 30 juzuk. Mabruk ‘alaikum.

Selamat hari Guru.

Antara ucapan yang kelakar diberikan oleh guru saya sendiri :

guru tadika, guru memandu, guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti, guru pra, guru rajin, guru selalu takde kat sekolah, guru malas masuk kelas, guru yg ajar PJ pakai remote control, yg tak suka semak buku, yg dok kantin lama2, yg asyik nak lari tugas, yg asyik tgk jam nak balik dan tak dilupakan..guru yg tak suka relief…selamat hari guru..

Moga Allah memberkati kalian..Ameen..

Leave a Comment