Perang Psikologi

Sedar atau tidak sedar, pengaruh yahudi semakin menular. Mereka bukanlah berjuang semata-mata menggunakan senjata. Benar, teknologi senjata mereka sukar ditandingi masakan tidak sekitar Gaza penduduk Palestin merana hilangnya tempat berteduh. Namun ada satu senjata yang sukar kita tentangi. Ia tidaklah memerlukan jemaah ribuan tentera, namun ia memerlukan kekuatan diri sebagai benteng daripada keangkuhan Yahudi.

Perang Psikologi?

Itulah kaedah peperangan yang kini semakin menular ke seluruh dunia terutama negara Islam. Namun persoalan di sini bukan ingin penulis ulaskan tentang yahudi kerana terlalu panjang untuk dihuraikan siapakah yahudi yang sebenarnya.

Di sini penulis akan berkongsi dua situasi berkenaan tentang perang psikologi mereka.

Yang pertamanya penulis ucapkan terima kasih kepada Zharunis kerana beliau telah berkongsi ilmu untuk dijadikan sebagai renungan.

Baik, silat lihat URL blog penulis


Mereka telah mereka satu laman web tentang kitab penjelasan kitab Bible. Diperhalusi melalui perkataan blogspot kepada blogpsot.

Cuba anda buka www.apa2jer.blogpsot.com. Lihat apakah yang anda lihat?
Bijak mereka menggunakan teknologi sedia ada mengoncangkan akidah kita.

Situasi yang kedua berkenaan tentang satu peristiwa yang telah diceritakan oleh seorang sahabat.

Kisahnya :
_______________________________________________________________
Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih… rambut yang tersisir rapi… membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. “teruskan jihad”. saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar.

Apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab ‘Bible’ di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa..

Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita…
____________________________________________________________

Begitulah juga jika terdapat di kalangan mereka bernama Islam yang hanya pandai mendengar perintah Allah dan Rasul-Nya tetapi tidak mahu mentaati keduanya, perangai mereka tidak ubah seperti orang Yahudi berkenaan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Akan tetapi Allah melaknat mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).”
(4: 46)


Sedarlah perjuangan kita belum berakhir……

Leave a Comment