Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?

Kewujudan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang kini menjadi bualan hangat, tidak kira di dalam mahupun di luar kampus sedikit sebanyak mengelirukan segelintir mahasiswa. Ada menyokong, dan ada yang membantah. Ada yang mengatakan ia badan yang ditubuhkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib … Read more

Bukan Mudah, Itu Jawapan Akak.

“Ustaz, macam mana dengan anak saya? Ok tak dia baca al-quran?” Ibunya bertanya. “Setakat ni oklah, Cuma perlu selalu berlatih menyebut huruf” Komen saya ringkas. “Tapi akak risau, anak akak degil sangat. Cakap sikit sudah melenting. Ikhtiar boleh bantu?” Lidah kelu seketika, usia saya baru menjangkau 21 tahun, tidak mempunyai anak apatah lagi belum berkahwin. … Read more

Kau Kawan Kau Sahabat Kau Teman

Antara kawan, sahabat, teman mungkin itu yang sering bermain di minda anda, saya turut tidak terkecuali. 3 golongan yang dipecahkan menjadi tiga atau empat mungkin. Saya sering bertanya di manakah tempatnya saya di hati anda semua. Kelompok kawan, sahabat mahupun teman? Namun persoalannya, mengapa ia perlu dipecahkan sedangkan ia mempunyai maksud yang sama. Mempunyai definisi … Read more

Antara Sedih Dan Gembira ; Antara Suka Dan Duka

Antara sedih dan gembira, antara suka dan duka. Maksud yang sama, situasi yang berbeza. Manusia itu punya hati, hati itu punya perasaan. Dan perasaan saling berbelah bagi antara kedukaan mahupun kegembiraan. Kaki ini berdiri memikul badan, memunggah anggota dalaman, tidak kira siang ataupun malam. Badan itu tidak bersuara, apatah lagi mahu menjerit. Yang punya kuasa … Read more

Wonder Pets ; Apa yang penting?

“Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah”“Apa yang penting? Kerjasama.” Tidak hairanlah kalau skrip ini sering meniti di bibir kanak-kanak kecil. Saya pula sering tertanya-tanya di manakah skirp sedemikian muncul. Masakan tidak, ibu saya sering mengajukan trademark tersebut kepada cucunya. Namun, mesej yang disampaikan amat jelas dalam menekankan konsep kerjasama. … Read more