Tutorial Reset Password WordPress Melalui phpMyAdmin

Baru-baru ini salah sebuah akaun wordpress milik klien saya tiba-tiba tidak boleh diakses seperti kebiasaannya. Request kata laluan melalui pengesahan emel pun tidak berkesan. Namun perkara ini berkemungkinan terjadi apabila web tersebut telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cara untuk reset password wordpress boleh dilakukan di bahagian phpMyAdmin yang terdapat dalam akaun CPanel kita.

#1 Ketahui Nama Database Laman Web

Ramai orang tidak mengetahui nama database bagi sesebuah laman web mereka antaranya kerana membuat pemasangan skrip secara automatik. Ini biasa yang terjadi apabila wujudnya kes-kes sebegini. Sekiranya tidak mengetahui nama database web, kita perlu membuat semakan nama di bahagian fail wp-config.php.

SelanjutnyaTutorial Reset Password WordPress Melalui phpMyAdmin

Masalah Database Connection

Dalam pembangunan laman web, masalah kecil yang sering kita hadapi adalah masalah sistem database connection di bahagian server. Masalah ini timbul apabila terdapat masalah sama ada di bahagian MySQL Database ataupun konfigurasi PHP dalam penggunaan sesuatu skrip.

Antara skrip CMS yang saya sering gunakan adalah CMS Joomla dan WordPress. Namun perbincangan saya lebih menjurus kepada penggunaan skrip CMS WordPress.

Masalah ini kebiasaanya akan timbul apabila pengguna membuat pemasangan skrip secara manual. Walaubagaimanapun, saya lebih menggalakkan anda membuat pemasangan secara manual antaranya bagi mengetatkan lagi kawalan sekuriti sesebuah laman web.

SelanjutnyaMasalah Database Connection