
Apabila menyebut nama Azian Bin Usman mungkin ramai yang tidak mengenali tentang jejaka ini. Namun beliau ini sebenarnya merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang sudah berkecimpung lama sejak dari dahulu lagi. Nama beliau sering dikenali sebagai Zyan. Selain itu, beliau mempunyai sebuah laman blog yang banyak berkongsi tentang dunia perniagaan internet.
Blog Milik Azian Bin Usman
Blog merupakan antara senjata pemasaran wajib yang perlu ada bagi setiap orang usahawan termasuklah Azian sendiri. Jadi mengikut semakan, blog ini sebenarnya telah didaftarkan pada 6 April 2010 dengan menggunakan nama domain internetmudah.com. Selalin itu, laman blog ini telah dihostkan di Hostgator di mana syarikat penyedia hosting ini berpengkalan di US. Apa yang menariknya, walaupun blog ini baru sahaja berusia dua tahun lebih, namun banyak isi kandungan berguna yang dapat diperolehi. Jadi tidak hairanlah, jika blog Azian ini mendapat ranking yang baik di Alexa iaitu 588,061.
SelanjutnyaUlasan Blog Zyan – InternetMudah.com