Seusai mengimamkan solat Isya’, mata saya tertumpu kepada seorang budak kecil di saf kanak-kanak. Macam baru pertama kali melihatnya. Mungkin pertama kali bagi saya,tetapi tidak kepada jemaah yang lain dek kerana jarang bersolat di sini.
Kebetulan selepas solat Isya’ ada sedikit jamuan di sediakan oleh pihak masjid. Mungkin peluang ini boleh digunakan untuk mengetahui siapakah gerangan si kanak-kanak kecil ini.
“Berapa lama cuti ni?” Bilal bertanya kepada saya.
Mungkin pertanyaan ini sebagai mukaddimah saya untuk bertanya.
“Cuti tak adalah lama sangat. Erm.. Haji, siapa budak kecil yang tengah makan karipap kat hujung sana tu?” Sambil memuncungkan mulut tanda isyarat. “Ui, bagus budak tu, selalu pergi masjid. Kecil-kecil dah macam ni. Cucu Haji Ahmad(saya lupa nama yang bilal sebut)”
“Oh….” Saya mengangguk faham.
Selepas menelan 2,3 biji kuih, saya memohon diri untuk pulang.
Terfikir sejenak. Orang kata belajar agama boleh ganti Imam di masjid. Kiranya sebagai pelapis Imam nanti.
Tetapi pernahkah kita terfikir, bahawa MAKMUM juga perlukan pelapis.
Jika tiada makmum, masakan boleh ada Imam. Jika tiada Imam, masakan boleh bersolat jemaah bersama. Itulah pentingnya untuk kita mendidik diri menjadi seorang makmum.
Berapa saf sangatlah yang ada di masjid ketika waktu Subuh. Saya sendiri hanyut. Ternyata sukar untuk menyahut cabaran bergelar Pemuda Subuh.
Tetapi mungkin boleh mulakan di saf Maghrib, Isya’ sebagai latihan diri.
Zuhur dan Asar? Insha Allah boleh.
PELAPIS MAKMUM?
Ya, kita perlukan makmum. Menjadi tanggungjawab kita untuk mencari pelapis makmum agar saf tidak kosong.
Jangan biarkan kita memijak saf 4 kali sebulan. Itu bahaya.
Bermuhasabahlah di atas jalan-Nya.
Lelaki, kita perlu menjadi kedua-duanya. Imam & Makmum. Bersedia?
Mantap, Ikhtiar.
Pencerahan yang sangat tepat dan perlu diketengahkan dalam masyarakat. Dalam tak sedar, kita memang menghadapi masalah ini.
Terima Rozi,
Sekadar muhasabah diri sendiri sebenarnya.. 🙂
Saya tidak dapat sholat berjemaah setiap hari,atas tuntutan kerja,tetapi kalau hari cuti mmg dapat jemaah bersama famili.
Itu juga adalah lebih baik.
Lebih manis dapat berjemaah bersama famili 🙂