Istikharah Yang Belum Berjawab

by Ikhtiar on November 22, 2011

Kelihatan kelibat orang kaya sedang menaburkan wang emas kepada orang ramai. Golongan muda berebut-rebut untuk mendapatkannya. Ada yang miskin ada juga yang kaya.

Aku sekadar berdiri memerhatikan gelagat mereka.

Keinginan timbul untuk memiliki wang emas tersebut. Namun aku tetap tidak mahu berganjak. Mata masih tertumpu dengan balingan wang emas ke arah mereka.

Namun pada ketika itu, ada satu balingan objek yang semakin menghampiri aku. Lantas aku mencapai.

Aku membuka genggaman tangan yang menyambut.  Kelihatan sekeping wang emas berada di tangan. Aku tersenyum gembira. Gembira yang tidak terkata.

Namun, apabila aku ingin melangkah pulang, perasaan itu seakan bercampur baur.

Perlukah aku mengambil wang emas ini, perlukah aku menggunakan wang emas ini.

Aku semakin keliru, puas aku memikir sehingga fikiran bercelaru.

Lalu wang emas itu dibawa pulang, dan ku tatap sehabis-habisnya.

ISTIKHARAH

FIkiranku semakin buntu, menanti jawapan istikharah yang tidak menentu.

Ya, istikharah ini belum berjawab….

Wang emas itu sedia berada dalam genggaman, namun adakah ku harus kembalikan atau …..

Ah sukar untuk aku memikirkannya!

Aku kesuntukan masa, aku perlukan sedikit masa….

Namun aku seperti sudah terlewat……

Artikel Yang Lain

    { 2 comments… read them below or add one }

    Fiz Rahman November 22, 2011 at 9:22 am

    ada sambungan ke cite ni? xpuas baca bro

    Reply

    Ikhtiar November 22, 2011 at 6:15 pm

    Eh tak ada..
    ini cerita saya…
    wang emas adalah satu perumpaan.. :)

    Reply

    Leave a Comment

    Previous post:

    Next post: