Bulan Ramadhan Buat Para Huffaz

by Ikhtiar on August 4, 2011

Tanpa disedari kita sudah pun memasuki suku fasa pertama dalam bulan ramadhan. Bagi yang mengerti tentang kelebihan ramadhan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berbuat lebih banyak amal ibadat. Sememangnya kita patut bersyukur kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang untuk menjejakkan diri berada dalam bulan yang penuh mulia ini. Alhamdulillah.

Beberapa hari yang lalu, saya menerima panggilan daripada seorang sahabat.

[Baca Selanjutnya…]

{ 0 comments }

[Repost] Aku Dan Ramadhan

by Ikhtiar on July 28, 2011

Malam masih muda, aku masih tidak mengerti mengapa aku belajar semua ini? Menahan lapar dan dahaga, tatkala disiang hari berpanas terik. Aku gagahkan diri untuk merenung perjuanganku sebagai kanak-kanak yang meningkat dewasa. Saat inilah ketika umurku sudah menjangkau 12 tahun, aku belajar bagaimana untuk menghayati erti sebenar bulan ramadhan.

Masa lampau membuatku terfikir sendirian, apabila aku lapar, apabila aku dahaga, peti ais jualah yang dibuka. Lambakan makanan membuatkan aku terliur menahan lapar. Saat ponteng berpuasa sudah menjadi amalam suatu ketika dahulu. Sehinggakan tiada seorang pun tahu kerana aktivitiku hanya tertumpu di dalam rumah. Sungguh bijak aku menjalankan operasi tanpa ada sesiapa yang mengesyaki.

{ 5 comments }

Ibarat Air Yang Dicurahkan Ke Daun Keladi?

by Ikhtiar on July 26, 2011

Seperti kebiasaan program berbentuk tazkirah menjadi rutin mingguan bagi kami. Tidak cukup itu, kami turut disuap dengan penyampaian matan hadith hampir setiap hari selepas waktu Asar dan Isya’. Rutin wajib sebegini adakalanya menjadikan ia sebagai satu aktiviti yang agak membosankan bagi segelintir pelajar. Tidak hairanlah jika majlis ini, terdapat sebahagian pelajar tiba-tiba ‘ghaib’ entah ke mana.

Menjadi orang yang diamanahkan untuk ‘menjaga’ surau sekolah, saya akur pengisian program kerohanian yang sebelum ini mungkin terdapat sedikit kekurangan. Beranggapan dengan melantik penceramah ‘biasa’, sudah memadai sebagai slot wajib di hujung minggu. Namun hasilnya sambutan agak kurang memberangsangkan. Tidak pelik, bukankah sekolah itu sebagai pusat pentarbiyahan pelajar. Menerima situasi untuk diteliti, mentaliti pelajar harus dikaji.

[Baca Selanjutnya…]

{ 0 comments }

Baru-baru ini salah sebuah akaun wordpress milik klien saya tiba-tiba tidak boleh diakses seperti kebiasaannya. Request kata laluan melalui pengesahan emel pun tidak berkesan. Namun perkara ini berkemungkinan terjadi apabila web tersebut telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cara untuk reset password wordpress boleh dilakukan di bahagian phpMyAdmin yang terdapat dalam akaun CPanel kita.

#1 Ketahui Nama Database Laman Web

Ramai orang tidak mengetahui nama database bagi sesebuah laman web mereka antaranya kerana membuat pemasangan skrip secara automatik. Ini biasa yang terjadi apabila wujudnya kes-kes sebegini. Sekiranya tidak mengetahui nama database web, kita perlu membuat semakan nama di bahagian fail wp-config.php.

[Baca Selanjutnya…]

{ 0 comments }

Ustazah Pilihan ; Andalah Yang Saya Cari

by Ikhtiar on June 16, 2011

Sekitar Facebook Imam Muda

“Comelnya imam muda ni”
“Subhanallah indahnya ciptaan Allah”
“Cutelah awak ni [love]”

Program Imam Muda semakin hampir ke minggu penghujungnya. Kini tinggal enam orang sahaja lagi sebelum beralih ke minggu yang terakhir. Saya bukan pengikut setia rancangan ini kerana agak kurang menonton televisyen. Namun, antara slot yang paling saya gemari adalah soal jawab antara pengacara, Ustaz Dzulkarnain bersama barisan Imam Muda. Kupasan beserta dalil cukup kemas tersusun. Mudah difahami apatah lagi ia dikupas dari definisi sehinggalah kepada cara penyelesaiannya. Syabas Imam Muda.

[Baca Selanjutnya…]

{ 11 comments }