Sesi Personal Coaching Blog Dot Com

pcwordpress

Bagi saya tahun 2016 merupakan salah satu tahun yang benar-benar mencabar terutama dalam sektor pekerjaan. Bayangkan puluhan ribu pekerja terpaksa diberhentikan gara-gara krisis ekonomi yang tidak stabil. Iklim ekonomi dunia terutama dalam tukaran mata wang USD dilihat kukuh berbanding ringgit Malaysia. Ini sedikit sebanyak merencatkan aktiviti perniagaan kita membabitkan matawang luar.

Bayangkan saya perlu mengeluarkan sejumlah wang RM450 bagi membayar khidmat luar sekitar USD100. Ya sangat sukar membuat pilihan. Tidak boleh tidak, perlu menggandakan usaha bagi mengukuhkan ekonomi bersama.

MAHU TAMBAHKAN PENDAPATAN? WUJUDKAN BLOG PERIBADI

Bagi pendapat saya, setiap orang perlu mempunyai sebuah blog peribadi ataupun bisnes. Dalam mencari prospek, kita terlebih dahulu berlu mewujudkan satu branding nama supaya kita dikenali. Bukan mahu popular, tetapi mengetengahkan matlamat sebenar kita.

Semua orang boleh berniaga untuk tambah pendapatan.

Tetapi kita tidak boleh mengharapkan kepada satu-satu platform sahaja. Kita perlu ada pengikut yang tahu di mana kita berada.

Mungkin ada yang menganggap kita sudah mempunyai Facebook, tidak perlu untuk membina blog. Tetapi bolehkah kita sendiri memberi jaminan bahawa Facebook boleh kekal dalam masa beberapa tahun? Kes ini pernah terjadi kepada laman sosial terdahulu, Friendster jenama yang dianggap gah sehingga menolak tawaran syarikat gergasi, Google untuk membelinya. Namun, akhirnya ia ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan laman sosial utama dunia.

Oleh kerana itu, saya meletakkan blog sebagai satu backup kepada kita jika berlaku sebarang kejadian. Namun begitu ia adalah satu pilihan. Anda mahupun saya berhak untuk menolak.

SESI PERSONAL COACHING BLOG DOT COM

cover

Jika ada berkeinginan mahu membina laman blog dot com, tetapi takut untuk mencuba. Saya boleh membantu anda sehingga berjaya mempunyai sebuah laman blog menggunakan domain pilihan sendiri.

Secara rasminya saya membuka semula ruang sesi Personal Coaching Blog Dot Com bagi tahun 2016.

Sesipc

1# Kursus dijalankan secara One to One, individu atau berkumpulan 2 atau 3 orang sahaja. Tetapi saya lebih memilih 1 atau 2 individu sahaja.

#2 Lokasi di Melaka sahaja. Jika diluar negeri boleh dipertimbangkan.

#3 Sesi akan berjalan bermula jam 11 pagi – 4 petang.

#4 Anda boleh memilih tarikh mengikut persetujuan.

Untuk butiran lebih lanjut boleh http://ikhtiar.my/kursus/.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 013-6827270 atau emel : ikhtiar.my@gmail.com

Terima kasih.

Leave a Reply