Pendidikan Dan Penyelidikan Qiraat

“Sila bacakan riwayat Imam Adduri Abu ‘Amr pada Surah Al-Baqarah ayat 6”

“Saya akan bacakan satu riwayat pada Sudah Al-Baqarah ayat 8. Sila berikan nama Imam yang membaca kaedah riwayat ini? ”

Itu adalah salah satu contoh soalan ujian/latihan dalam kuliah syafawi yang diberikan oleh Dr. Abd Rahman kepada saya ketika dahulu. Di awal pembelajaran ilmu qiraat cukup memeningkan saya apatah lagi terdapat banyak bab yang perlu dihafaz.

Di Malaysia, antara kitab popular yang digunakan adalah Taqrib Al-Ma’ani  Matan Imam As-Syatibi. Walaubagaimanapun, secara kasarnya bidang pengajian ilmu qiraat mempunyai peratusan yang sangat kecil. Ilmu qiraat adalah merupakan satu ilmu yang membicarakan mengenai perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi qiraat, yang mana kesemua bacaan tersebut sebenarnya mutawatir sehingga Rasulullah SAW.

Masyarakat sering kali menyangka bahawa ilmu qiraat ini hanyalah cara bacaan al-Quran semata-mata, tanpa mengetahui peranan atau hubungan ilmu ini dengan ilmu-ilmu yang lain. Selain itu, ada juga yang beranggapan, ilmu qiraat ini diragui antaranya sebab dari segi sanad, tidak menepati bahasa arab dan sebagainya. Rasulullah SAW telah meriwayatkan cara bacaan kepada perawi-perawi sampailah ilmu itu berkembang sehingga hari ini.

Secara asasnya, agak panjang untuk dihuraikan tentang ilmu qiraat. Walaubagaimanapun satu Seminar Kebangsaan Pendidikan dan Penyelidikan Qiraat 2010 akan dianjurkan oleh pihak Jabatan Tahfiz al-Quran al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Selangor. Seminar ini berlangsung di kampus induk pada 25-26 Disember 2010 selama dua hari.

• Pembentangan Kertas Kerja :

Pembentangan Utama
Pembentangan Selari

• Sub-Tema Seminar

Pendidikan Qiraat di Malaysia.
Isu dan masalah dalam pendidikan Qiraat.
Isi kandungan pendidikan Qiraat di Malaysia.
Penyelidikan ilmu Qiraat di Malaysia
Perspektif al-Quran dan al-hadith terhadap qiraat.
Perawi-perawi serta bacaan Qiraat
Perbandingan turuq-turuq Qiraat.
Isu-isu semasa dalam pembacaan Qiraat.

Tambahan pula, tidak banyak seminar-seminar yang khusus berkaitan qiraat pernah diadakan di Malaysia, di sebabkan perkembangan ilmu ini tidaklah sehebat ilmu-ilmu yang lain. Oleh kerana ia juga adalah merupakan suatu ilmu yang agak baru jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu-ilmu al-Quran yang lain, maka penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu ini masih terlalu kurang di Malaysia.

Leave a Reply