Menjadi Terbaik Dalam Kalangan Terbaik

“ Beb, ustaz dah cari arr.. camne??”. Kawan saya mula gelabah.
“ Bebudak mana? Tak nampak pun diaorang?”
“ Manalah aku tau. Tadi ada. Tengok-tengok dah hilang. Jom belah ar!”
“ Lepak dulu, cari budak-budak dulu”.

Saya mula mencari.Namun sedikit hampa, kelibat mereka sudah tidak kelihatan.Jam sudah menunjukkan dua pagi. Tanpa berfikir panjang kaki saya mula melangkah menuju ke asrama sekolah. Inilah kegiatan saya suatu ketika dahulu. Namun tidak disangka, pada pagi itu segalanya sudah terbongkar. Apabila sampai di pagar, saya mula memanjat sambil kawan-kawan ‘cover line’.

“ Tiar, dah kantoi. Sorry beb.Aku gerak awal tadi tak sempat nak ajak kau. Kelam kabut tadi, tu pun naik kereta tadi. Kau pergilah jumpa warden. ”. Senior saya memberikan cadangan.
“ Hah Kantoi??!!” Saya terkejut bernada geram.


Hampir 20 orang yang fly malam itu, tetapi yang sangkut lebih kurang 7 orang termasuk saya. Hati saya mula gelisah memikirkan bagaimana untuk mencari alasan. Akhirnya saya mengajak kawan-kawan yang lain menuju ke bilik warden untuk membuat pengakuan.Kami dipanggil dan di soal siasat di sebuah pondok Wakaf. Di situ segalanya berakhir. Ustaz memberi kata dua kepada kami.


“ Nape lah korang buat macam ni? Nak buat tu cover line lah” Ustaz memulakan bicara.
“ Ustaz pun nakal juga kat sekolah, macam-macam ustaz dah cerita kat kamu semua. Kamu fly buat ape? Hisap rokok ke? Hah tiar??” Biji mata ke arah saya.
“ Eh saya tak merokok ustaz. Saya tengok orang memancing je”.
“Kau ni dah la pengawas sekolah. Tunjuklah contoh sikit.”


Akhirnya kami memilih untuk dikenakan public caning di depan semua pelajar daripada di hantar ke unit disiplin sekolah. Mungkin dengan cara itu, saya boleh berubah. Saya cuba menyakinkan diri sendiri.


“ Ikhtiaruddin. Tunduk! Kesalahan merosakkan pagar sekolah dan keluar tanpa kebenaran”
Zasss! Zass! Zasss!
Lima sebatan hinggap di punggung saya depan ratusan pelajar. Itu mungkin cara terbaik. Saya mula rasa menyesal. Terima kasih kepada Ustaz Zakaria dan Ustaz Nizam.

Saya juga hampir-hampir di belasah oleh Guru Disiplin gara-gara dituduh bersikap kurang ajar. Entahlah. Atas dasar salah faham. Dan paling yang saya tidak boleh lupa ketika saya di tingkatan 2.Ketika itu jam sudah menunjukkan 11 malam dan menandakan lampu dorm asrama perlu di tutup. Namun kami tidak mengendahkan dan terus bermain ‘perang bantal’. Tiba-tiba warden muncul di depan pintu.


“ Mu asal bengong, aku suruh tidur kan?!” Ustaz mula meninggikan suara.


Entah di mana silapnya, kawan tiba-tiba bagai di rasuk, mula bersuara dan akhirnya berlakulah pergelutan antara kawan dan ustaz. Sedikit mengecewakan. Habis kelihatan lebam di muka ustaz tersebut dikerjakan oleh kawan saya yang ketika itu senior saya.


Keesokkan harinya kami dipanggil di hadapan unit disiplin termasuk pengetua. Soal siasat di jalankan. Ustaz kelihatan mengalirkan air mata. Akhirnya kawan saya mula berbaik semula. Alhamdulillah semuanya selesai walaupun saya tidak terlibat, itu suatu pengajaran bagi saya.Dan di sinilah segalanya bermula, segala benda kebaikan dan kejahatan saya nampak. Junior di belasah, di buli dan sebagainya.


TINGKATAN 5


Dan saat itulah segalanya sudah berubah. Di saat kenakalan seorang remaja suatu ketika dahulu. Saya tekad untuk berubah. Itu azam saya. Dan yang paling perlu kita jaga adalah keberkatan ilmu daripada seorang guru.


MENJADI TERBAIK DALAM KALANGAN TERBAIK


Sejak daripada sekolah lagi itulah azam yang sering saya bawa. “Menjadi Terbaik Dalam Kalangan Terbaik”. Namun untuk sampai ke penanda aras tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah. Menjadi terbaik bukanlah difokuskan ke arah pendidikan semata-mata dan lebih kepada pencapaian hidup.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


Kadang kala ada masanya kita merasa cemburu dengan keistimewaan seseorang.
Dan tika saat waktu itulah kita mula merungut bagai tidak berpenghujung.


ILMU MENJADIKAN MANUSIA TERBAIK


Wasiat Rasulullah SAW kepada sahabat, Saidina Ali r.a.
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain”.
Ilmu Menjadikan Manusia Terbaik.


Kerana Ilmu, Kita Pasti Akan Berfikir. Benarkah?
Wallahu’alam.

http://myikhtiar.com

6 Comments

  1. husna March 19, 2010
    • MyIkhtiar March 21, 2010
  2. leana June 23, 2011
  3. Muslimah December 31, 2012
    • Ikhtiar January 6, 2013

Leave a Reply