Mahu Menjadi Fotografer Patuh Shariah?

fotografigayamukmin

“Encik, saya tak nak ambil sesi outdoor eh” Jelas Saya.

“Kenapa? Sesi outdoor memang ada termasuk dalam pakej ini. Kalau encik tak mahu outdoor, kami boleh gantikan dengan sesi pre-wedding. Boleh?”

“Eh tak apa, saya tak nak lah”

“Kalau tak mahu tak apa, tapi tiada pengurangan harga ya”

“Okay, tak ada masalah”. Balas saya.

Antara perbualan ringkas saya bersama seorang fotografer. Dek kerana kesuntukan masa dengan peperiksaan pada ketika itu, saya tiada pilihan lalu memilih beliau sebagai fotografer majlis perkahwinan kami.

Tentang outdoor pula, memang saya sendiri sudah berbincang dengan bakal zaujah ketika itu. Menolak atas faktor peribadi. Malu mungkin salah satu daripadanya. Tapi bila dah kahwin, rasa rugi pula tak ambil. Kah Kah Kah.

Tentang pre-wedding pula, no komen. Tapi serius memang gila!

Fotografi Gaya Mukmin

bukufotografi

Kredit Foto : PTS Media Group

Mungkin ada di antara pembaca di sini, merupakan seorang fotografer. Soal baru atau lama, pengalaman cukup mengajar erti kehidupan. Tetapi sejauh manakah kerjaya tersebut benar-benar patuh shariah? Saya bukan ahli untuk mengulas tentang isu ini. Tetapi seorang sahabat saya, Ustaz Imran Burhanuddin telah menulis sebuah buku bertajuk Fotografi Gaya Mukmin. Buku ini juga turut dihasilkan bersama Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Antara kata-kata Ustaz Imran, buku ini dihasilkan bukan bersifat mahu menghukum. Tetapi membawa bersama dalil dan menjelaskan hukum kepada umum.  Buku ini juga bukan mengkhususkan buat fotografer sahaja, tetapi sesiapa yang meminati bidang fotografi.

Hukum Yang Jelas

Fotografer mengambil gambar pre-wedding yang jelas kedua-dua pasangan belum mempunyai ikatan yang sah. Kita juga sendiri tahu apa hukumnya.

Kita mengambil gambar tidak menutup aurat, kemudian kongsikan di group whatsapp. Kita juga sendiri tahu apa hukumnya.

Kita tahu, tetapi tidak mahu untuk memahami.

Semoga buku ini dapat memberi seribu pencerahan khususnya dalam dunia fotografi.

Untuk membuat pembelian secara online : Klik di sini

Untuk berhubung dengan Ustaz Imran : Klik di sini

Leave a Reply