Kita Tidak Akan Berpisah

“Dah siap jawab belum?” Pensyarah bertanya kepada kami.

Masa berbaki beberapa minit  untuk saya menghabiskan menjawab soalan mid term qiraat.  Tergaru sedikit kepala ketika diminta untuk menjawab syarah matan.

“Belum….” Kami menjawab.

Selang beberapa minit, alhamdulillah selesai.

Berbaki masa kuliah yang ada, ustazah menyusun bicaranya. Bukan menyentuh bab qiraat. Tetapi soal perkahwinan.

Soal tanggungjawab, soal kehidupan.

Beliau bertanya seorang demi seorang. Sampai giliran saya, “Ikhtiar anak keberapa?”

“Anak bongsu, ustazah”.

“Kamu nak tahu tak, anak bongsu ini apabila dia mahu mendidirkan rumah tangga, hati si ibu ini akan berasa seperti seakan sedih”.

“Kenapa pula?” Bertanya mencari kepastian.

Jika adik-beradik lain sudah berumah tangga, tinggal kamu seorang. Hati ibu ini akan berasa BERAT untuk melepaskan anaknya yang bujang. Kebiasaannya anak lelaki lah. Jadi gunakan waktu yang ada untuk kamu cuba rapat dengannya”.

Saya mengangguk faham.

KETIKA DI RUMAH

Kelihatan mak sibuk menjemur pakaian di ampaian. Saya pula sibuk bermain dengan anak kucing yang baru sahaja berusia dua bulan.

Tiba-tiba mak bertanya, “kalau kau dah kahwin nanti sunyilah rumah ini nanti”.

Saya pelik. Sekarang ini pun hampir setiap bulan sekali saya pulang ke kampung. Paling lewat pun, sebulan setengah.  Tetapi pertanyaan ini membuatkan saya terfikir seketika.

Saya akui, masing-masing sudah berkeluarga.

“Kan tiap-tiap bulan orang balik mak”.

“Memanglah, time bujang dengan dah kahwin lain…”

Saya berfikir.

Mesti orang lain fikir aku ini anak mak.

Memanglah aku ini anak mak, tak akan anak kucing pula.

Tapi maksud mereka  ‘anak’ mak, not anak mak. So different di situ.

Tiada apa yang istimewanya menjadi anak bongsu, tiada wujudnya isitilah manja. Apa yang ada adalah kahwin lambat dalam adik beradik. Itu rasanya beza. Faktor waktu kelahiran yang membezakan.

Saya bekerja sepenuh masa.

Saya belajar sepenuh masa.

 “Benarlah kata pensyarah saya, ibu seperti berat mahu melepaskan anaknya”.

Berfikir dan terus berfikir, agar buah fikiran itu masak…….

Apa pun, sekadar berkongsi, apa yang dialami…..

 

6 Comments

  1. titan November 9, 2012
    • Ikhtiar November 9, 2012
  2. chii November 10, 2012
    • Ikhtiar November 12, 2012
  3. Arrazi November 23, 2012
    • Ikhtiar November 30, 2012

Leave a Reply