Dugaan Orang Bertunang

Saya kira, saya bukanlah orang yang layak menulis artikel ini. Tetapi atas dasar pemerhatian diri sendiri, saya cuba untuk mengolah jalan cerita. Tidak dinafikan bahawa orang yang berada di alam pertunangan cukup hebat dugaannya. Tidak cukup itu lagi, ada yang sanggup memutuskan pertunangan di saat hampir tiba majlis perkahwinan. Kes-kes seperti ini banyak ditimbulkan sehinggalah berlakunya kes saman-menyaman di antara pasangan.

Baru-baru ini saya menerima SMS daripada seorang sahabat.

“Tiar, kad aku dah sampai belum?” SMS seorang sahabat.

“Ya, dah sampai pun. Tapi aku tak janjilah, sebab ada urusan keluarga” Saya membalas.

“Tak kisahlah, cuma aku nak beritahu something ini”.

“Apa dia?”

“Aku rasa macam tak teruskanlah majlis ini, rasa macam lain saja”

Apabila saya menerima balasan SMS tersebut, saya beranggapan budak ini seperti kerasukan syaitan. Mana mungkin dia boleh membatalkan begitu sahaja, sedangkan majlis akad nikah tinggal lagi sebulan sahaja lagi. Kad jemputan juga sudah diberi.

Saya cuba menyusun bicara, agar kata-kata ini tidak mengguris hatinya. Bimbang, emosi seorang lelaki adakalanya boleh jadi gila jika diusik.

Saya fikir syaitan sudah bertepuk tangan ketika ini. Baru sahaja dipacak tiang masjid, ia sudah seakan mahu roboh.

Saya berbalas SMS denganya untuk beberapa ketika. Akhirnya, emosinya kian pulih. Saya mengucap syukur. Membatalkan perkahwinan saat-saat akhir mengundang masalah besar kelak. Inilah dugaan orang bertunang gamaknya.

Perasaan tidak sedap hati, tiba-tiba mudah terasa, cepat merajuk, masalah kewangan dan sebagainya. Itu perkara biasa. Hadapilah dengan tabah. Mungkin suatu masa nanti, saya juga akan berada di alam ini. Itupun jika diizin Allah. Doakan agar tabah senantiasa.

Akhir kata, dugaan ini tetap akan rasai oleh semua orang. Apa yang membezakan adalah kecil mahupun besar. Berusahalah untuk memacak tiang masjid, agar tiangnya itu utuh tidak rapuh.

Allahu’alam.

77 Comments

  1. Moon May 5, 2012
    • Ikhtiar May 9, 2012
  2. azman May 7, 2012
    • Ikhtiar May 9, 2012
  3. Denaihati May 9, 2012
    • Ikhtiar May 15, 2012
  4. titan May 11, 2012
  5. Bro Framestone May 13, 2012
    • Ikhtiar May 28, 2012
      • fakhrul September 20, 2012
        • Ikhtiar October 31, 2012
  6. Izzuddin Fauzi May 14, 2012
    • Ikhtiar May 15, 2012
  7. puanbee May 14, 2012
    • Ikhtiar May 15, 2012
  8. ProfHariz May 17, 2012
    • Ikhtiar May 17, 2012
  9. Kujie May 23, 2012
    • Ikhtiar May 25, 2012
  10. shraqs May 25, 2012
    • Ikhtiar May 28, 2012
  11. akubiomed May 28, 2012
    • Ikhtiar May 31, 2012
  12. LilyNrman May 31, 2012
    • Ikhtiar June 4, 2012
  13. fiza July 8, 2012
    • Ikhtiar July 27, 2012
  14. pengumpul lirik lagu July 19, 2012
    • Ikhtiar July 27, 2012
  15. aku July 22, 2012
    • Ikhtiar July 27, 2012
  16. eddy July 26, 2012
    • Ikhtiar July 27, 2012
  17. itemised September 18, 2012
    • Ikhtiar October 31, 2012
  18. Asyrafiah September 21, 2012
    • Ikhtiar October 31, 2012
  19. Mamat November 3, 2012
    • Ikhtiar November 3, 2012
      • Mamat November 3, 2012
        • Ikhtiar November 6, 2012
    • Zul April 13, 2016
  20. Nadia February 4, 2013
    • Ikhtiar February 17, 2013
  21. fiza May 8, 2013
    • Ikhtiar May 15, 2013
  22. lily March 11, 2014
    • daniel May 12, 2014
  23. daniel May 12, 2014
  24. Gadis kecil May 16, 2014
    • daniel July 31, 2014
  25. unknown April 5, 2015
  26. sya July 2, 2015
    • Ikhtiar July 29, 2015
  27. zalia July 29, 2015
    • Ikhtiar July 29, 2015
  28. danial September 6, 2015
    • Ikhtiar October 28, 2015
  29. aya October 10, 2015
    • Ikhtiar October 23, 2015
  30. hakita January 7, 2016
    • Ikhtiar January 18, 2016
  31. Hamba Allah January 11, 2016
    • Ikhtiar January 18, 2016
  32. Nisa February 14, 2016
  33. mohd faizal March 7, 2016
  34. mamat April 21, 2016
  35. una June 7, 2016
  36. qish June 13, 2016
  37. i miss az September 30, 2016
  38. Akma October 17, 2016
    • NM October 27, 2016
  39. Qowiy January 22, 2017
  40. Rynn February 12, 2017
  41. AROY April 12, 2017
  42. Nor hasanah Isa July 23, 2017

Leave a Reply