Bulan Ramadhan Buat Para Huffaz

Tanpa disedari kita sudah pun memasuki suku fasa pertama dalam bulan ramadhan. Bagi yang mengerti tentang kelebihan ramadhan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berbuat lebih banyak amal ibadat. Sememangnya kita patut bersyukur kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang untuk menjejakkan diri berada dalam bulan yang penuh mulia ini. Alhamdulillah.

Beberapa hari yang lalu, saya menerima panggilan daripada seorang sahabat.

“Tiar, tahun ini kau jadi imam terawih tak?”

“kenapa? kau jadi ke?”

“aah, aku dapat RM 1500, member kita tu dapat RM4000 ahh, bahagi dua…”

“Oh, masyuk..bagusla rezeki”

Selang masuk ramadhan ketiga, saya menerima SMS meminta untuk menjadi imam terawih di Gombak. Saya menolak.

SEBUAH KISAH

Ketika menuntut di sekolah dahulu, ustaz selalu bercerita mengenai pengalamannya menjadi imam terawih. Situasi itu saya mulai sedar apabila melangkah ke tingkatan 1. Melihat sebahagian ‘abang-abang senior’ sering dijemput menjadi imam terawih di masjid-masjid luar. Rezeki murah katanya.

Kata orang, itu rezeki buat para huffaz. Ada juga yang menyebut sebagai bisnes para huffaz di bulan ramadhan. Itu rezeki Allah. Walaupun ada yang beranggapan ia mungkin sebagai satu sindiran atau gurauan, namun secara hakikatnya menjadi imam terawih itu sebagai satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.. Kita tidak menafikan ada di antara mereka menerima bayaran yang cukup lumayan. Soal bayaran itu kita cerita belakang.

Justeru itu, segala tindak tanduk kita sememangnya bermula dengan niat. Niat itu merupakan asas utama dalam kita mencari keredhaan Allah SWT. Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan apa jua keadaan. Jadikanlah amanah itu sebagai satu jalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan jadikanlah al-Quran itu sebagai satu petunjuk.

Allahu’alam.

Syaitan itu diikat, tetapi nafsu tidak, perangilah selagi mampu…

Salam ramadhan kareem…

Leave a Reply