Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan

Sekarang musim cuti sekolah. Apabila cuti sekolah menjelang tiba, maka banyaklah kad jemputan diterima tidak terduga. Sahabat handai, sanak saudara masing-masing sibuk menjadikan hari bahagia, sebagai satu kenangan tidak dilupa. Banyak jemputan yang diundang tidak mampu untuk dipenuhi, sekadar mampu mendoakan, agar bahagia menuju cinta Ilahi.

Kos Hantaran

Ini bukan isu baru, tetapi makin ramai pula yang berkongsi keratan akhbar mengenai kadar hantaran mengikut kelulusan. Saya hanya mampu tersenyum. Kalau lihat pada kadar hantaran serius memang membujanglah lelaki sampai ke tua.

Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama anda.

Ketika itu saya baru sahaja selesai kelas al-Quran dengan ustazah. Tiba-tiba ustazah memanggil salah seorang sahabat saya yang ketika itu dia sedang berjalan melintasi halaqah kami.

Sengaja ustazah panggil untuk bertanyakan tentang pengalamannya ketika majlis perkahwinan. Ketika itu kami saling tertawa senyum.

Terlintas di hati untuk bertanya tentang kos hantaran kepada ustazah.

“Ustazah kahwin dulu berapa ribu hantaran?” Soal saya. Tetapi ustazah diam tersenyum. Sehingga rakan-rakan lain beredar, ustazah membuka cerita.

“Perkahwinan kami simple ikhtiar. Tak ada bertunang, terus kahwin. Kenal pun sekejap”.

“Hantaran?”

“Tak ada hantaran, beri mas kahwin ikut negeri.” Balas ustazah. Mendengar jawapan itu, saya terkedu seketika.

Seorang wanita yang berkelulusan sarjana, dan kini sedang dalam proses menyambung PhD. Seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Cukuplah yang boleh saya katakan dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita solehah.  Kini mereka kekal bahagia sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Itu cerita kos hantaran. Tidak ada ertinya jika mahu mengulas lagi kerana para asatizah sudah mengulas mengenai tingginya hantaran perkahwinan. Namun usah disalahanggap bahawa hantaran dan mahar  itu adalah sama.

Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib.

Namun persoalannya mengapa kos hantaran kini terlalu tinggi?

Kos Majlis Perkahwinan

Apabila sentuh soal kos perbelanjaan majlis perkahwinan, kita mula tergaru-garu kepala. Bagaimana mahu mencari wang yang kini kos perbelanjaan mencecah belasan ribu ringgit.

Secara puratanya, kos kasar majlis perkahwinan yang biasa adalah sekitar RM 15 000 ke RM20 000. Ini standard bagi penduduk luar bandar dan mungkin dalam bandar. Kos ini dalam anggaran 2000 orang hadirin.

Saya boleh katakan, kos majlis perkahwinan di belah pihak perempuan boleh diadakan dengan nilai kos RM0 sahaja. Bagaimana? Katakanlah nilai hantaran bagi pasangan ini adalah sebanyak RM 5 000 sahaja. Jadi kos majlis sekitar RM 15000 – RM 20000.

Maka, pihak belah lelaki secara umumnya perlu menyerahkan 50% wang hantaran kepada pihak perempuan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan.

Jadi, kos modal permulaan adalah sebanyak RM 2 500.  Pihak pengantin perempuan perlu mengeluarkan kos tambahan sekitar RM 17 500.  Seperti kebiasaannya, ketika majlis perkahwinan berlangsung para hadirin yang bertandang ke rumah pengantin akan memberikan hadiah sumbangan dalam bentuk wang.

Katakan wang yang diterima RM10 X 2000 hadirin = RM 20 000. Katakan dalam 2000 orang hadirin hanya 60% peratus sahaja yang memberikan sumbangan RM10. Maka nilainya adalah RM 12 000.

Jadi wang yang diterima adalah sebanyak RM12 000 (wang sumbangan) + RM 5000 (hantaran pihak lelaki) = RM 17 000.

Jadi anggaran perbelanjaan kos majlis perkahwinan RM 20 000 – RM17 000 = RM 3000. Mungkin pihak belah perempuan hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM 3000 sahaja. Tetapi jika wang sumbangan yang diterima lebih banyak dari angka yang dinyatakan, maka secara jelas pihak perempuan tidak perlu mengeluarkan kos sesen pun bagi majlis mereka.

Ini adalah kiraan kasar berdasarkan pemerhatian saya sejak dari dahulu lagi. Dan perkara ini memang wujud. Bagi pihak belah lelaki pula, kos majlis perkahwinan mungkin sedikit kurang setelah ditolak wang sumbangan yang telah diterima daripada hadirin yang hadir.

Namun jangan disalahanggap mengenai wang sumbangan ini. Ia bukanlah adat yang dianggap wajib, tetapi ia berupa bentuk sumbangan atau hadiah yang diberikan oleh hadirin kepada tuan rumah. 

Tidak salah jika mahu memberi,asalkan kita ikhlas terhadap diri sendiri.

Jadi timbul pula persoalan di sini, mengapa perlu mengenakan kos hantaran yang terlalu tinggi kepada pihak lelaki, sedangkan wang sumbangan juga ada yang memberi. Boleh jadi, jika dikira-kira ia boleh membuat untung sekiranya melepasi kos modal.

Sebenarnya sengaja saya timbulkan isu wang sumbangan dalam majlis perkahwinan ini. Saya sendiri kurang pasti adakah pemberian wang sumbangan ini berlaku di semua negeri atau sesetengah tempat. Namun, pemberian wang sumbangan terhadap majlis perkahwinan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos yang dihadapi oleh tuan rumah.

Kesimpulan

Isu yang pertama, berbaliklah kepada tujuan yang asal. Tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Anggap ia satu pemberian hadiah, bukan satu kewajipan. Mahar yang penting.

Isu yang kedua, elakkan membuat majlis seperti medan untuk menunjuk. Jangan jadikan sebagai satu simbol keuntungan walaupun tidak dilihat dengan mata kasar. Majlis cuma sehari, nanti tidak pasal-pasal, along datang rumah berkali-kali.

Wallahua’alam.

Semoga majlis kita diberkati dan diredhai Allah SWT. Ameen Ya Rabb.

63 Comments

  1. shraqs June 5, 2012
    • Ikhtiar June 5, 2012
      • Nazrie March 7, 2016
    • Ikhtiar June 5, 2012
  2. ProfHariz June 5, 2012
    • Ikhtiar June 5, 2012
  3. hatiputera June 5, 2012
    • Ikhtiar June 5, 2012
  4. titan June 6, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  5. chii June 6, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  6. puanbee June 6, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  7. wandisini June 6, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  8. Izzuddin Fauzi June 6, 2012
  9. Denaihati June 8, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  10. azman June 8, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  11. ohcikgu June 9, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  12. bardboo June 12, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  13. daddydee June 12, 2012
    • Ikhtiar June 12, 2012
  14. Lynn July 1, 2012
    • Ikhtiar July 9, 2012
  15. Sya Isya July 7, 2012
    • Ikhtiar July 9, 2012
  16. faizul July 12, 2012
    • Ikhtiar July 27, 2012
  17. Dandeliona August 2, 2012
  18. Qaseh Gifts September 3, 2012
    • Ikhtiar October 31, 2012
  19. Mia Mie September 21, 2012
    • Ikhtiar October 31, 2012
  20. Alicia narin shah January 17, 2013
  21. Alicia narin shah January 17, 2013
    • Ikhtiar January 25, 2013
  22. Ctea January 20, 2013
    • Ikhtiar January 25, 2013
  23. Anonymous February 13, 2013
    • Ikhtiar February 17, 2013
  24. atiqah sani March 5, 2013
    • Ikhtiar April 10, 2013
      • azizi May 11, 2014
  25. aifa wonh November 9, 2015
    • Ikhtiar December 3, 2015
  26. Shah December 1, 2015
    • Ikhtiar December 3, 2015
  27. fad December 28, 2015
    • Ikhtiar January 4, 2016
  28. zack January 3, 2016
    • Ikhtiar January 4, 2016
      • zack January 4, 2016
        • zal February 1, 2016
  29. iekwan January 12, 2016
    • zack January 17, 2016
  30. siti January 29, 2016

Leave a Reply