Penipuan Iklan Internet

by Ikhtiar on March 24, 2009

Hari ini penulis nak bongkar satu bisnes internet yang semakin menjadi-jadi. Bisnes ini adalah berkaitan tentang keraguan dan membawa kepada penipuan. Kalau yang mungkin perasaan iklan-iklan di internet banyak menjurus kepada perniagaan internet semata-mata. Dan penulis percaya mereka semua menjalankan perniagaan dengan adil dan jujur. Namun ada satu perkara yang perlu diambil serius dalam hal ini. Dan penulis wat masa sekarang tgh bz duk buat blog untuk dot com.. so yg nie x brape nak formal sgt.
Ok.. perasaan tak iklan-iklan macam nie kat internet?

“Jawatan Kosong Kerja Sambilan Mengisi Sampul Surat”

”Jawatan Kosong Mengumpul Database”

Penulis nasihatkan kepada anda semua, abaikan iklan tersebut.

Statement mereka seolah-olah ada sebuah syarikat yang memerlukan pekerja. Itu semua penipu. Sebenarnya mereka sedang mempergunakan anda.

Cara mereka mendapat duit adalah dengan menyatakan konon2 mereka perlu mengisi surat ke dalam sampul kemudian pos kan.

Ini penulis petik dari staement mereka yang lebih kurang sama :

Bagaimana program ini dijalankan ?

[[[ Anda cuma perlu mengikuti arahan mudah seperti yang ditentukan dalam program. Sampul surat, setem, nama dan alamat akan dibekalkan kepada anda. Anda cuma perlu isikan dengan bahan-bahan yang dibekalkan dan anda akan dibayar purata 30 sen bagi setiap sampul surat yang anda pos.

"Pos 100 surat sehari = anda dapat RM30 sehari atau RM900 sebulan "

Ada sesetengah agen yang berjaya mengepos 200 surat dalam sehari dan pendapatan mereka mencapai RM800 sebulan. Kesemua agen diberi jaminan bahawa tiada bahan yang terlarang seperti bahan lucah dan ia sah disisi undang-undang.

Dengan program ini, anda masih bebas untuk melakukan kerja-kerja harian anda kerana anda tidak terikat dengan mana-mana orang atasan. Anda pos surat, anda dapat imbuhan. Konsep mudah ini membolehkan ramai agen yang berjaya tanpa tekanan mana-mana pihak. kami membekalkan bahan-bahan yang di perlukan dan anda boleh bermula serta-merta. Arahan dan panduan kami amat jelas untuk di fahami. Justeru itu, anda tidak akan menghadapi masalah untuk mengaut keuntungan. Anda menggunakan masa secara bebas dan pendapatan anda tidak terhad. Ia bergantung sepenuhnya kepada anda.

RAMAI YANG TELAH BERJAYA. ANDA BILA LAGI ? JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. JANGAN BERLENGAH LAGI, MASA TIDAK MENUNGGU KITA. PENDAFTARAN CUMA RM40.00. ]]]]

Sebenarnya bila anda memasuki skim ini. Mereka mungkin akan membekalkan anda satu risalah cara-cara mendapatkan duit seperti mereka buat ini. Konsep dia sama..

So penulis harap, abaikan. Jangan Terpedaya.

Artikel Yang Lain

    { 2 comments… read them below or add one }

    jawatan kosong December 3, 2009 at 2:27 pm

    Matlumat yang berguna. Thanks sudah sharing. Betul tu, saat ni banyak kali matlumat kerja jawatan kosong sambilan spam.

    Reply

    MyIkhtiar December 15, 2009 at 10:52 am

    Ya betul tu.. Sebenarnya method dia sama je..

    Reply

    Leave a Comment

    Previous post:

    Next post: