Meniti Jalan Inspirasi » Isu Semasa

Ustazah Pilihan ; Andalah Yang Saya Cari
Sekitar Facebook Imam Muda

“Comelnya imam muda ni”

“Subhanallah indahnya ciptaan Allah”

“Cutelah awak ni [love]”

Program Imam Muda semakin hampir ke minggu penghujungnya. Kini tinggal enam orang sahaja lagi sebelum beralih ke minggu yang terakhir. Saya bukan pengikut setia rancangan ini kerana agak kurang menonton televisyen. Namun, antara slot yang paling saya gemari adalah soal jawab antara pengacara, Ustaz Dzulkarnain bersama barisan Imam Muda. Kupasan beserta dalil cukup kemas tersusun. Mudah difahami apatah lagi ia dikupas dari definisi sehinggalah kepada cara penyelesaiannya. Syabas Imam Muda.

Namun kedengaran bisik-bisik dari arah sebelah sana.

“Program ini cari populariti semata-mata”

“Dah macam program realiti je, ada singkir-singkir”

Saya melihat program Imam Muda ini bakal melahirkan barisan pendakwah yang mudah didekati oleh setiap lapisan masyarakat. Apabila seseorang itu dikenali (popular) dalam kalangan masyarakat, maka secara tidak langsung pembawakan golongan ini sedikit sebanyak mampu memberikan pendedahan mengenai Islam. Bergantung kepada niat dan matlamat kita sendiri.

“Salam, dik, jangan lupa masuk ujibakat imam muda. Kalo xnak, AF pun ada”

Saya menerima SMS daripada kakak saya. Dua musim, dua kali SMS berupa ini masuk ke peti mesej. Dua musim, dua kali saya abaikan.

USTAZAH PILIHAN ; ANDALAH YANG SAYA CARI

“Salam, kak, jangan lupa masuk ujibakat ustazah pilihan. Kalo xnak, AF pun ada”

Mahu saja saya menghantar SMS ini ke peti mesej telefon dia. Sedikit perli. Saya mahu apakah respon dia.

Video teaser Ustazah Pilihan sudah mulai ke udara sejak akhir-akhir ini. Rata-rata ramai memberikan komen berbentuk negatif. Mereka tidak bersetuju atas pelancaran program ini.

Adakah program Ustazah Pilihan ini sehebat program Imam Muda? Apakah format program yang dibawakan oleh pihak penerbit? Mereka mencari 10 orang peserta berbakat untuk menyertai program Ustazah Pilihan. Ada yang membanding-bandingkan program Ustazah Pilihan dengan Gadis Melayu. Sangat jauh perbezaannya (:

Sebahagian lelaki mungkin menganggap,

“Rancangan ni bolehlah cari-cari calon isteri” Namun bukan itu masalahnya.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, ini bukan program ‘gedik-gedik’ untuk populariti atau mencipta nama, sebaliknya ia berkaitan agama dan semua aspek penting harus diambil kira.

Saya tak kata pun program ini program gedik-gedik. Sangat comel panggilan itu. Saya kurang bersetuju antaranya :

Sekiranya Wanita Itu Sudah Berkahwin

Pihak Astro Oasis memaklumkan wanita yang layak adalah dari wanita muda berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun.

a) Sudah semestinya wanita tersebut berada dalam lingkungan usia yang muda. Apabila gambar mereka ditayangkan di facebook, di copy paste, sudah pasti ramai yang akan memberikan komen berdasarkan rupa paras peserta program tersebut.

“Comelnya ustazah ni”

“Untungnya suami ustazah dapat orang macam ustazah”

Apakah perasaan si suami apabila melihat gambar isterinya dipertonton, dan mendapat komentar(facebook) dari peminatnya. Itu perasaan suami.

b) Peserta program Ustazah Pilihan juga bakal menempuhi alam kesibukan yang nyata. Undangan ceramah di sana sini. Terikat dengan kontrak pihak astro (jika ada). Di mana ruang kemesraan di antara suami dan isteri kian renggang. Mula dah timbul fitnah di antara mereka.

c) Apabila sudah memasuki ke bidang penyiaran, alat solek pasti tidak boleh tinggal. Kamera produksi perlukan pencahayaan. Saya masih ingat lagi, ketika itu saya sedang menjayakan salah sebuah rancangan bacaan al-Quran sempena bulan syawal Astro Oasis bersama Ustaz Dzulkarnain.

“Abang, nak makeup?”

“Eh takpe-takpe” Saya menolak.

Namun dia terus menepek sedikit bedak ke wajah saya.

Kalau sebelum masuk, tudung labuh, tudung bidang enam puluh. Takut-takut keluar nanti jadi tudung ala-ala Fareeda yang harganya berpuluh-puluh.

“Apalah ustazah ni, dulu lain sekarang lain” Fitnah mendatang.

Saya lelaki, orang di hujung sana lelaki, di hujung sini pun lelaki. Rancangan yang bakal mengundang kegelisahan para lelaki ajnabi sekaligus menjadi sedikit ‘santapan’ buat lelaki yang bermasalah hati.

Mendengar suara pun, imam masjid boleh tersungkur inikan pula melihat wajahnya.

BERFIKIR DUA KALI

Sengaja untuk tidak saya kupaskan mengenai  wanita yang belum berkahwin. Kondisinya tetap sama. Cuma sedikit berlainan. Saya mengucap syabas kepada pihak astro Oasis kerana peka dengan masalah umat pada hari ini. Penerbitan program ini perlu diperhalusi sebenarnya, bukan melihat kepada matlamat semata-mata, tetapi melihat kepada bagaimanakah cara melaksanakan matlamat tersebut. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.

“Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengethuinya”

( Surah al-Baqarah : 42)

Tragedi Oktober | Siapa Sangka?
Ada di antara kita menantikan debaran detik 10 Oktober 2010 yang dianggap sebagai tarikh unik. Debaran itu tidaklah keterlaluan namun sekadar terselit perasaan teruja masakan ia berlaku sekali seumur hidup. Antara yang mengalami debaran tersebut adalah pasangan bakal pengantin yang memilih sebagai tarikh pernikahan. Turut tidak terkecuali adalah pasangan merpati sejoli di antara Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos.

Dalam merasai kegembiraan, siapa sangka tarikh tersebut bakal diwarnai dengan tangisan air mata yang tidak berbelah bagi. Satu kejadian yang cukup mengerikan. Jalan bermandian darah. Melihat deretan puluhan ribu kereta yang mengalami kesesakan sepanjang hampir 7 KM. Saya tidak teragak-agak untuk mencari alternatif lain mencari jalan keluar. Mujur kedudukan saya berhampiran dengan susur keluar Tol Plaza untuk melalui jalan biasa.

Saya segera mencapai laptop untuk mencari berita tentang kemalangan tersebut. Selang beberapa jam, saya dapat melihat puluhan gambar yang saya kira cukup menyayat hati. Rupa mayat tanpa kepala, tangan putus benar-benar menginsafkan. Ia sudah cukup mengingatkan tentang saat kematian kita yang bakal kunjung tiba. Insiden tersebut telah mendapat liputan meluas di media tempatan dan luar negara.

Firman Allah SWT :

Sejak daripada itu, ada di antara kita mula menuding jari untuk mencari siapa yang salah, siapa yang betul. Insiden ini juga sama seperti kejadian Bas Sani Ekspress yang dahulunya cukup hangat diperkatakan. Pelbagai lontaran idea dan pandangan diberi. Namun ia sedikit demi sedikit tenggelam dek perubahan masa. Kini timbul semula kejadian yang sama turut berulang walaupun berbeza lokasi. Namun situasinya tetap sama.

Bak kata orang

“Tak kan Mitsubisi Lancer nak pecut 100 km/j je??”

Itu adalah kesedaran diri masing-masing sebenarnya.

Salam takziah buat keluarga mereka.

Ni Abang Long Ke Kak Long?
Isu ini bukanlah satu benda baru dalam aspek pemikiran kita. Sudah dikaji malah dianalis oleh pakar psikologi mengapa hal sedemikian sering terjadi. Lelaki lembut sering diketengahkan sebagai istilah pondan dalam masyarakat kita. Tidak hairanlah golongan ini cukup popular meniti bibir mahasiswa kampus.

Penulis masih ingat lagi, ketika itu Pra Majlis Persidangan Pelajar KUIS (MPPK) telah diadakan. Himpunan pimpinan pelajar berkumpul semeja membincangkan isu mahasiswa. Bangun seorang pelajar melontarkan permasalahan secara serius. Penulis menyemak semula draf MPPK, benar isu ini telah dibincangkan sebelum ini.

Tidak cukup itu lagi, sahabat penulis sebelum ini telah menganjurkan satu pertandingan Debat Piala Rektor. Secara tidak langsung timbulnya kontroversi apabila tajuk lelaki lembut menjadi pilihan. Di manakah silapnya? Seolah-olah menjadi isu sensitif untuk dibicarakan.

Secara asasnya kita tidak boleh menyalahkan golongan sedemikian. Apakah punca penyebab perkara sedemikian berlaku? Isu ini rasanya agak panjang untuk hurai. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.
(49 : 13 )

Kedua-duanya adalah sama iaitu diciptakan oleh Allah SWT. Namun masih terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan. Lelaki disifatkan sebagai seorang yang keras dan perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Walaubagaimanapun mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu.

Secara umumnya lelaki diciptakan sebagai khalifah untuk mentadbir alam ini. Dan kewujudan wanita adalah menjadi tulang belakang dan pembantu kepada lelaki. Namun secara realitinya sekarang adalah berbeza walaupun peratusannya agak kecil. Lelaki lembut secara umumnya lebih gemar beperwatakan seperti seorang perempuan. Cara berjalan sehinggalah ke aspek pemakaian. Dalam Islam ia suatu yang ditegah dan diharamkan.

Berketetapan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud :

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki.
(Riwayat Bukhari)

Hadith tersebut telah menjelaskan dengan terperinci. Namun jangan ada silap dalam percaturan. Kebiasaannya apabila kita menyebut lelaki lembut lebih menjurus kepada skop yang luas. Secara umumnya lelaki lembut disifatkan sebagai lelaki yang sejati, lembut perututurannya. Namun gejala yang membimbangkan kini adalah masalah sosial muncul dengan pelbagai budaya dan ragam.

Salah satunya adalah masalah yang dibawa oleh kelompok lelaki lembut yang wujud di dalam persekitaran gedung ilmu. Secara jujurnya, penulis sendiri mengakui kampus sendiri turut terkena tempiasnya. Seperti hidup bersosial dengan rakan perempuan, budaya pinky yang menjadi gaya dan trend dalam kalangan lelaki lembut.

Melihat kepada fenomena ini, penulis kira ia satu perkara yang boleh mendorong pelajar terpengaruh dengan dunia yang jelas bertentangan. Penulis rasa ini baru sahaja mukaddimah, belum masuk lagi kepada isi. Namun biarlah para pembaca yang menilai dan merenung sejenak.

Adakah kita hanya membiarkan mereka terkapai-kapai atau menarik mereka ke pangkal jalan? Luahan mereka sebenarnya adalah ingin didekati, bukan dicemuhi.

Arak? Apa Yang Orang Islam Dah Buat???!!
Bertemu kembali dalam artikel yang memaparkan satu isu yang penulis rasa bukanlah satu perkara baru di negara kita. Tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai isu pengharaman arak. Ramai orang memandang arak satu perkara kecil. Sebab pandangan begitulah anak muda kita terjebak dalam kancah pengharaman arak ini. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. ( 5 : 90 )

Memang ketika mana zaman jahiliyyah, iaitu zaman rasulullah SAW belum lagi wujud pengharaman arak. Memang ada kisah disebalik itu. Daripada pencegahan arak ke dalam solat sehinggalah apabila Allah SWT menurunkan ayat tersebut, maka Nabi Muhammad SAW menyampaikan tentang pengharaman secara keseluruhan. Namun sehingga kini 2009 menjelang, pemahaman tentang haramnya arak masih belum diketahui umum.

Apa buktinya ?

Mungkin ada di antara anda sering mengunjunginya pasaraya bukan? Tidak kiralah besar atau pun kecil. Baiklah penulis skopkan kepada pasaraya mini sahaja. Sebagai bukti yang telah diketahui umum, pasaranya Seven Eleven sering menjadi bualan hangat kerana menjual arak kepada orang ramai.

Bukankah penjualan Arak di Malaysia dibolehkan dengan syarat mendapat lesen?

Itu sudah semestinya. Tetapi bukan isu itu yang ingin dibangkitkan. Ini adalah soal maruah Islam. Sedar atau tidak sedar, orang Islam mudah tertipu. Kurangnya pengetahuan agama menyebabkan kita tertindas. Perhatikan gambar di bawah ini. Penjual wanita Islam lengkap bertudung menjadi cashier.

Jadi apakah pandangan anda sebagai orang Islam? Adakah anda tahu bahawa menjual arak turut mendapat tempias dari dosa?  ”Kami bukan jual, kami hanya uruskan penjualan”

Subhanallah. Dalam hadith ada menyebut : Setelah turunnya ayat 5 Surah Al-Ma’idah seperti yang penulis sebutkan di atas ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, barangsiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya, berkata perawi hadis ini (Abu Said) maka orang ramai pun mengeluarkan mana-mana arak yang ada pada mereka lalu menuangkannya di jalan-jalan di Madinah”.

b) Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Telah dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memperosesnya dan pemakan harganya (wang hasil pemulangan arak).

Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram.

c) Hadis riwayat al-Humaidi mengenai hukum haram menghadiahkan arak kepada orang kafir.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seorang lelaki pernah menghadiahkan sebekas arak kepada Nabi S.A.W kemudian ia menghadiahkan kepada beliau selama setahun, padahal arak sudah diharamkan maka Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya arak telah diharamkan “lelaki itu bertanya : Bagaimana kalau saya menjual?

Baginda bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya arak telah diharamkan “lelaki itu bertanya “Bagaimana kalau saya menjualnya? Baginda bersabda : “Sesungguhnya minuman yang diharamkan meminumnya haram menjualnya, orang itu bertanya lagi “Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?, Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya yang mengharamkan (Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi”, lelaki itu bertanya lagi “Apa yang harus saya lakukan?, Sabda Rasulullah S.A.W “Tuangkanlah di al-Battha”.

Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”. (riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .

Untuk lebih memahami lagi :

Rasulullah SAW melaknat tentang arak pada sepuluh golongan iaitu :

1.Yang memerahnya.

2.Orang yang meminta diperahkan.

3.Orang yang meminum.

4.Orang yang membawa

5.Orang yang minta dihantarkan kepadanya.

6.Orang yang menuang.

7.Orang yang menjual

8.Orang yang makan harganya.

9.Orang yang membelinya.

10.Orang yang minta dibeli untuknya.

(Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Semua golongan ini dianggap bersubahat dalam penggunan arak yang diharamkan.Jadi dari segi hukum berdosa dan bersubahat…

Jadi, apabila kita ingin mencari sesuatu pekerjaan, pastikan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Institusi Pengajian Tahfiz ; Releven Atau Tidak
Islam mewajibkan pemeluknya supaya menjadi umat yang terpelajar, jumlah orang yang berpendidikan harus meningkat dan jumlah orang yang tidak berpendidikan mestilah berkurangan. Namun perlu diketahui dasar-dasar ajaran Islam diambil daripada Al-Quran yang penuh dengan hikmah dan dari sunnah Rasulullah SAW, semua itu mengandungi pengertian-pengertian intelektual,metode-metode yang tinggi dan tatacara kehidupan yang baik.

Baru-baru ini penulis ada menerima SMS daripada sahabat meminta pendapat. Adakah dianggap kolot apabila menghantar anak-anak meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz? Penulis tersentak sejenak. Sebab perkara ini bukan baru bagi penulis. Ketika mana menuntut di Maahad dulu, memang ramai ibubapa yang mengeluarkan anak mereka daripada institusi tersebut. Mungkin jika kita menyebut pengajian tahfiz, sudah pastinya mentaliti kita akan hanya terfokus pada istilah “pengajian pondok”. Benar, lahirnya institusi tahfiz diperingkat bawah bermula daripada usaha-usaha para mu’alim yang merasakan ia perlu diteruskan.

Setahu penulis, institusi ini bermula dengan era bersistemkan pondok. Dan ia juga tidak bersangkut paut dengan aliran akademik yang telah digariskan oleh pihak sekolah. UPSR, PMR malah SPM juga tidak disediakan. Hanya mengaji pondok tahfiz semata-mata. Jika disebut pengajian pondok tentulah tidak lari daripada istilah mengaji kitab kuning(kitab lama). Memang tidak disangkal lagi ibubapa sentiasa mahukan anak mereka diberi pendidikan dengan sempurna. Jika kita melihat peredaran zaman sekarang, peluang pekerjaan lebih terarah kepada bidang yang berkaitan sains contohnya. Dan ada juga ibubapa menganggap kerjaya “orang-orang al-hafiz” tidak akan berkembang dan hanya terhenti di situ sahaja.

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang pengajian tahfiz mempunyai dua peringkat. Iaitu diperingkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Bagi peringkat menengah, kini kerajaan sudah menyediakan sekolah tahfiz di bawah pihak kementerian. Tetapi setakat ini penulis tidak mengetahui di manakah sekolah tersebut. Tetapi sekolah penulis memang di bawah kementerian jadi system kurikulum dan kokurikulum sentiasa terjaga. Diperingkat menengah tidak dinafikan masih banyak institusi pengajian al-quran (swasta) ditubuhkan. Namun ibubapa yang berminat menghantar anak mereka perlu menilai dengan bijak institusi manakah yang harus ditujui.

Sekiranya tidak berminat menghantar anak di peringkat menengah, ibubapa masih lagi mempunyai pilihan untuk ke peringkat pengajian tinggi. Kini pengajian Tahfiz Al-Quran bertaraf diploma sudah diperkenalkan di Malaysia. Pengajian yang bertaraf diploma hanya disediakan di Darul Quran, Maahad Tahfiz Negeri (ada juga membuat kerjasama dengan IPTS seperti KUIN, MARSAH Johor dan lain-lain lagi) dan Kolej Universiti Islam Selangor. Namun melepasi sesi temuduga adalah menjadi perkara pokok dalam mengambil jurusan ini,

Usah risau, ia masih diperakukan oleh pihak MQA dan badan-badan bertanggungjawab. Namun secara tidak langsung dakwaan sesetengah ibubapa menganggap bidang ini tiada masa depan boleh disangkal. Ilmu ini ibarat kehidupan bagi manusia. Agama Islam tidak akan memperoleh tempat yang mantap kecuali dengan dalam kalangan manusia yang berilmu. Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud :

” (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi peringatan dan diberi nasihat dengannya dan suapaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.”

(14 :52)

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya……..