Meniti Jalan Inspirasi » Al-Quran

Tawaran Pengajian Diploma & Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Secara Percuma
Di sini saya ingin berkongsi mengenai maklumat tawaran pengajian ke peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang tahfiz di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pengajian secara percuma dialu-alukan membuat permohonan.

Untuk permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat

Syarat kemasukan boleh rujuk di sini : Laman web KUIS.

Pelajar akan ditemuduga oleh panel  pensyarah dari Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, KUIS.

Sedikit perkongsian, antara soalan yang ditanya adalah berbentuk persoalan peribadi mengenai kesanggupan dalam menghafaz al-Quran, soalan tajwid, dan calon akan diminta menghafaz satu muka surat al-quran dalam masa yang ditetapkan iaitu kurang dari satu jam. Jangkaan dalam 10-15 baris dari ayat al-Quran secara rawak.

Untuk permohonan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran & Al-Qiraat

Syarat kemasukan boleh rujuk di sini : Laman web KUIS.

Antara syarat utama, calon mestilah sudah menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk (mempunyai sijil tamat hafazan 30 juzuk)

Pelajar akan ditemuduga oleh panel pensyarah dari Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, KUIS.

Sedikit perkongsian juga, antara soalan yang ditanya adalah sama seperti diploma. Cuma calon akan ditebuk 1-30 juzuk al-Quran dari mana-mana juzuk secara rawak. Berkemungkinan dalam 2-3 soalan.

Itu antara bentuk soalan yang ditanya ketika saya ditemuduga dahulu. Tetapi jika ia berbeza, mohon kemaafan, itu adalah di luar jangkaan saya. Semoga perkongsian ini dapat membantu kalian.

Jika diterima masuk, calon perlu mengekalkan prestasi pointer 3.0 ke atas setiap semester.

Sekiranya berminat atau inginkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Ustazah Zainora Binti Daud, Ketua Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, KUIS di talian +6019 2623681.

*Pengajian percuma yang dimaksudkan di sini adalah tajaan yuran pengajian dan penginapan pelajar sepanjang pengajian.

Sedikit catatan yang pernah saya nukilkan di laman facebook, sekadar renungan bersama.

Biarkan Hati Rasa Bersalah Pada Al-Quran
Kekal diingatan semasa diploma, sepucuk surat dihantar kepada ayah. Jelas terpampang di kepala surat “Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat”

Saya mula gelisah.

“Apa kes surat sampai ke rumah?”

“Dik, surat laporan prestasi hafazan kau ini. Cuba baca ulasan dekat bawah surat ini.” Surat itu disambut. Mata saya tertumpu kepada satu teks pendek.

“ Pelajar ini menghafaz al-quran dengan sangat baik, tetapi pelajar ini malas. Tingkatkan usaha lagi”

Komen ringkas daripada pensyarah, tapi berjela daripada ayah.

Surat ini juga mengingatkan saya kepada suatu peristiwa yang sama sewaktu menuntut di sekolah menengah dahulu.

Jika tiba cuti penggal sekolah, kami mula berseronok-seronok dengan rakan-rakan. Dalam keadaan berseronok itu, kertas jadual mengulang al-quran seperti dibuat-buat lupa. Apabila habis cuti penggal , mulalah saya menggelabah tidak tentu pasal.

Mengulang quran sampai ke malam berlanjutan ke subuh, semata-mata hendak memastikan bacaan hafazan kekal lancar.

Tetapi usaha itu gagal.

Ulangan bagi juzuk 8, saya sangkut. Saya berpatah balik ke tempat asal. Datang balik semula kepada ustaz. “Selagi tak lancar, selagi itu tidak boleh berpindah ke juzuk 9” Kata ustaz.

Proses itu berlanjutan sehinggalah bacaan kekal lancar.

Dekatkan Hati Dengan Al-Quran

Bukan mudah sebenarnya untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.

Ya, al-Quran mudah disentuh, dipegang apatah lagi mahu menyebut kalimah yang terkandung di dalamnya. Jika kita duduk, buka mushaf al-Quran, kemudian baca. Agak-agaknya berapa lama kita mampu bertahan.  5 minit, 10 minit, atau lebih daripada itu?

Jika bulan ramadhan kita sibuk menghitung hari untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk, kenapa tidak pada bulan-bulan yang lain. Pembacaan Al-Quran tidak memerlukan musim, ia boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Soal rajin atau tidak, ia bergantung kepada diri kita sendiri.

“Paksa diri, paksa diri untuk rajin. Jangan malas!” Kata Ustazah saya.

Tambahan pula, pada zaman sekarang smartphone sudah menyediakan aplikasi al-quran digital. Jadi untuk mencipta alasan tiada masa, agak kurang boleh diterima sebenarnya.

Membentuk Generasi Al-Quran

Rumah saya pernah dikunjungi oleh seorang wanita berusia lebih kurang 40-an. Saya memang langsung tidak mengenali beliau, apatah lagi melihatnya sebelum ini. Datang seperti berhajat.

“Anak sekarang belajar kat mana? Boleh beri cadangan tak, mak cik nak hantar anak ke sekolah tahfiz”

“Saya dah habis sekolah dah mak cik, tapi kalau mak cik betul-betul sekolah yang baik, banyak maahad tahfiz di Kelantan”

Saya sendiri pun tidak pasti, kenapa Kelantan menjadi pilihan utama saya dalam memberi pandangan. Mungkin setelah melihat hasil pengeluarannnya. Sehinggalah saya meletakkan nombor dua di tempat saya belajar. Pemilihan sekolah beraliran tahfiz mempunyai penilaian tersendiri.

Namun bukan aliran tahfiz yang saya hendak highlight kan di sini. Tetapi soal kesungguhan wanita tersebut dalam memberikan pendidikan agama kepada anaknya. Sebagai permulaan dalam mendidik anak, saya kira tidak salah jika saya katakan pendidikan agama perlu diterapkan sejak dari sekolah lagi. Ia juga satu usaha untuk mendekatkan anaknya dengan al-Quran.

Pada hari ini juga, saya amat kagum kepada ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak untuk tujuan belajar al-Quran. Biarlah kita berhabis ratusan setiap bulan, semoga akhirat nanti, ia boleh dijadikan sebagai bekalan.

Biarkan Hati Rasa Bersalah Pada Al-Quran

Sukar untuk digambarkan betapa kasihannya melihat generasi anak-anak pada hari ini. Di antara mereka masih ada lagi yang tidak boleh membaca al-Quran. Terkilan rasanya, terutama kepada segelintir ibu bapa yang meletakkan al-Quran itu bukan pada ‘tempat’ yang sepatutnya.

Jadi, kitalah yang perlu mulakan dari sekarang. Membentuk generasi yang ada rasa bersalah pada al-Quran.

Insha Allah, jika kita sentiasa istiqamah membaca al-Quran setiap hari, sekali kita tinggal, hati kita pasti akan timbul rasa bersalah pada al-Quran. Jadikanlah al-Quran itu sebahagian dalam kehidupan kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya”.

[Riwayat Imam Al-Bukhari]

Ikhtiaruddin Md Yasim

Bulan Ramadhan Buat Para Huffaz
Tanpa disedari kita sudah pun memasuki suku fasa pertama dalam bulan ramadhan. Bagi yang mengerti tentang kelebihan ramadhan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berbuat lebih banyak amal ibadat. Sememangnya kita patut bersyukur kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang untuk menjejakkan diri berada dalam bulan yang penuh mulia ini. Alhamdulillah.

Beberapa hari yang lalu, saya menerima panggilan daripada seorang sahabat.

“Tiar, tahun ini kau jadi imam terawih tak?”

“kenapa? kau jadi ke?”

“aah, aku dapat RM 1500, member kita tu dapat RM4000 ahh, bahagi dua…”

“Oh, masyuk..bagusla rezeki”

Selang masuk ramadhan ketiga, saya menerima SMS meminta untuk menjadi imam terawih di Gombak. Saya menolak.

SEBUAH KISAH

Ketika menuntut di sekolah dahulu, ustaz selalu bercerita mengenai pengalamannya menjadi imam terawih. Situasi itu saya mulai sedar apabila melangkah ke tingkatan 1. Melihat sebahagian ‘abang-abang senior’ sering dijemput menjadi imam terawih di masjid-masjid luar. Rezeki murah katanya.

Kata orang, itu rezeki buat para huffaz. Ada juga yang menyebut sebagai bisnes para huffaz di bulan ramadhan. Itu rezeki Allah. Walaupun ada yang beranggapan ia mungkin sebagai satu sindiran atau gurauan, namun secara hakikatnya menjadi imam terawih itu sebagai satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan.. Kita tidak menafikan ada di antara mereka menerima bayaran yang cukup lumayan. Soal bayaran itu kita cerita belakang.

Justeru itu, segala tindak tanduk kita sememangnya bermula dengan niat. Niat itu merupakan asas utama dalam kita mencari keredhaan Allah SWT. Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan apa jua keadaan. Jadikanlah amanah itu sebagai satu jalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan jadikanlah al-Quran itu sebagai satu petunjuk.

Allahu’alam.

Syaitan itu diikat, tetapi nafsu tidak, perangilah selagi mampu…

Salam ramadhan kareem…

Basmalah Sebahagian Daripada Al-Fatihah?
“Eh kau pergi amik Quran, abang nak bincang sikit pasal hukum”

“Part mana?” Saya bertanya.

“Surah al-Fatihah”

Saya lantas bangun mencapai al-Quran yang terletak di atas almari. Pandangan saya mula tertumpu kepada surah pertama al-Quran. Mata meliar melihat baris-baris ayat sehinggalah kepada ayat yang terakhir. Abang saya memulakan bacaannya. Perbincangan ini memakan masa hampir sejam. Ia hanya tertumpu kepada soal kepada hukum tajwid antaranya sebutan makhraj, harkat dan lain-lain lagi.

Namun di sebalik surah al-Fatihah ini sebenarnya  timbulnya khilaf (perselisihan) pendapat di antara Ijma’ Ulama dalam aspek basmalah dan riwayat cara bacaan.

KAEDAH PEMBACAAN DI MALAYSIA

Sebelum kita meneruskan perbincangan, secara asasnya pembacaan al-Quran di Malaysia adalah berpandukan Rasm Uthmani. Rasm Uthmani adalah al-Quran yang mana ia ditulis ketika pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a. Bagi kaedah bacaan pula ,kita mengikut riwayat Hafs dan beliau telah menerima bacaan tersebut daripada Imam ‘Asim. Imam ‘Asim merupakan salah seorang imam qiraat  yang tujuh daripada sepuluh.

Imam ‘Asim al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah ‘Asim bin Abi Najud (‘Abd Allah) Al- Asadi dari suku kaum Bani Asad . Telah Meninggal pada tahun 127 hijrah. Beliau telah mengambil bacaan daripada Abi ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Habib bin Rabi‘ah, Abi Maryam Zur bin Habish bin Habashah, dan Abi ‘Amru Sa‘ad bin Ilyas.

Antara anak murid beliau yang masyhur:

I.             Syu‘bah

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Syu‘bah bin ‘Iyash bin Salim al-Hannat al-Asadi al-Nahsyali al-Kufi. dan dilahirkan pada tahun 95 hijrah dan meninggal pada tahun 193 hijrah .

II.            Hafs

Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi al-Bazzaz. Anak tiri ‘Asim . Beliau dilahirkan pada tahun 90 hijrah dan meninggal pada tahun 156 hijrah.

ADAKAH BASMALAH ITU DIKIRA SEBAHAGIAN DALAM SURAH AL-FATIHAH (7 AYAT) ?

Ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan bilangan ayat dalam surah Al-Fatihah sama ada basmalah dikira ataupun tidak. Di sini terdapat dua situasi yang berbeza.

SITUASI PERTAMA : Perselisihan dalam menentukan hukum membaca basmalah dalam solat.

a) Imam Abu Hanifah dan Ahmad bersepakat menyatakan bahawa membacanya adalah sunat kerana beranggapan basmalah bukanlah satu ayat dari surah al-Fatihah.

b) Imam Syafie pula, mewajibkan bacaan basmalah pada surah al-Fatihah ketika solat.

SITUASI KEDUA : Perselisihan dalam menentukan sama ada basmalah itu sebahagian dari surah al-Fatihah.

Saya memetik dalil daripada kitab Syarah al-Faraid al-Hasan fi Ad Ai al-Quran bab Surah al-Fatihah.

Di dalam dalil ini bahawa para Qurra’ Makkah dan Kufah berpendapat bahawa basmalah itu dikira sebahagian dalam surah al-Fatihah, manakala para Qurra Madinah , Basrah dan Syam mengatakan basmalah tidak dikira.

Pendapat para Qurra Madinah , Basrah dan Syam berdasarkan hadith Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak mengetahui akan pemutus antara surah-surah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.

[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231.]

Firman Allah SWT :

Ayat ini dipetik daripada Surah al-Naml pada ayat 30 Juzuk 19. Ia memperlihatkan penurunan ayat Bismillahir Rahmanir Rahim. Terdapat juga dalil yang memperlihatkan bahawa basmalah bukanlah sebahagian daripada surah al-Fatihah sebagaimana hadith yang disampaikan Anas bin Malik ra. :

“Rasulullah SAW dan Abu Bakar serta Umar memulai solat dengan (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin)

[H.Muttafaqun ‘Alaih , Bukhari :743 dan Muslim : 399]

KESIMPULAN

Walaubagaimanapun terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan Ulama Qiraat, kita masih lagi berpegang kepada Imam Syafie bahawa mewajibkan bacaan basmalah ketika solat. Mungkin ada di antara kita sedikit keliru dengan situasi yang kedua.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bacaan di Malaysia adalah berpandukan kepada riwayat Hafs yang diambil bacaan daripada Imam ‘Asim. Saya juga ada menyebut para Qurra dari Kufah mengatakan basmalah itu sebahagian daripada al-Fatihah kerana Kufah itu merujuk kepada nama tempat asal kedudukan Imam antaranya Imam ‘Asim .

Allahu’alam.

Pendidikan Dan Penyelidikan Qiraat
“Sila bacakan riwayat Imam Adduri Abu ‘Amr pada Surah Al-Baqarah ayat 6”

“Saya akan bacakan satu riwayat pada Sudah Al-Baqarah ayat 8. Sila berikan nama Imam yang membaca kaedah riwayat ini? ”

Itu adalah salah satu contoh soalan ujian/latihan dalam kuliah syafawi yang diberikan oleh Dr. Abd Rahman kepada saya ketika dahulu. Di awal pembelajaran ilmu qiraat cukup memeningkan saya apatah lagi terdapat banyak bab yang perlu dihafaz.

Di Malaysia, antara kitab popular yang digunakan adalah Taqrib Al-Ma’ani  Matan Imam As-Syatibi. Walaubagaimanapun, secara kasarnya bidang pengajian ilmu qiraat mempunyai peratusan yang sangat kecil. Ilmu qiraat adalah merupakan satu ilmu yang membicarakan mengenai perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi qiraat, yang mana kesemua bacaan tersebut sebenarnya mutawatir sehingga Rasulullah SAW.

Masyarakat sering kali menyangka bahawa ilmu qiraat ini hanyalah cara bacaan al-Quran semata-mata, tanpa mengetahui peranan atau hubungan ilmu ini dengan ilmu-ilmu yang lain. Selain itu, ada juga yang beranggapan, ilmu qiraat ini diragui antaranya sebab dari segi sanad, tidak menepati bahasa arab dan sebagainya. Rasulullah SAW telah meriwayatkan cara bacaan kepada perawi-perawi sampailah ilmu itu berkembang sehingga hari ini.

Secara asasnya, agak panjang untuk dihuraikan tentang ilmu qiraat. Walaubagaimanapun satu Seminar Kebangsaan Pendidikan dan Penyelidikan Qiraat 2010 akan dianjurkan oleh pihak Jabatan Tahfiz al-Quran al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Selangor. Seminar ini berlangsung di kampus induk pada 25-26 Disember 2010 selama dua hari.

• Pembentangan Kertas Kerja :

•  Pembentangan Utama

• Pembentangan Selari

•  Sub-Tema  Seminar

• Pendidikan Qiraat di  Malaysia.

• Isu dan  masalah dalam pendidikan Qiraat.

• Isi kandungan pendidikan Qiraat  di Malaysia.

• Penyelidikan   ilmu Qiraat di Malaysia

• Perspektif al-Quran dan  al-hadith terhadap qiraat.

• Perawi-perawi  serta bacaan  Qiraat

• Perbandingan turuq-turuq Qiraat.

• Isu-isu semasa dalam pembacaan Qiraat.

Tambahan pula, tidak banyak seminar-seminar yang khusus berkaitan qiraat pernah diadakan di Malaysia, di sebabkan perkembangan ilmu ini tidaklah sehebat ilmu-ilmu yang lain. Oleh kerana ia juga adalah merupakan suatu ilmu yang agak baru jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu-ilmu al-Quran yang lain, maka penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu ini masih terlalu kurang di Malaysia.

al-Quran | Belajarlah Selagi Engkau Mampu
Ketika mana sibuk mengemas bilik setor, pandangan saya tertumpu kepada buku Muqaddam berwarna ungu dalam keadaan bersawang. Masih jelas nama saya ditulis dalam tulisan jawi. Muqaddam la dianggap sebagai muqaddimah  dalam  mengenal huruf al-Quran suatu ketika dahulu. Namun kini ia tidak lagi digunapakai kerana sepanjang saya mengajar beberapa tempat, anak-anak kecil dilihat menggunakan pendekatan Buku Iqra’ sebagai proses permulaan.

Dan ketika proses berlaku, bermacam cabaran dan halangan ditempuhi. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”

(Al Balad 90:4)

Tambahan pula, saya pernah berkongsi dengan anda pengalaman saya bersama dengan al-Quran, bermacam pengalaman termasuklah di rotan oleh guru, di halau dan pelbagai lagi. Dan pengalaman itulah membuatkan saya bersifat lebih matang dalam berfikir antara positif mahupun negatif.

REALITI KEHIDUPAN KINI

Kita sering dikaitkan dengan persoalan sejauh manakah al-Quran bersama kita?

Setiap hari? Setiap minggu? Setiap Bulan? Setiap Tahun? Atau Seumur Hidup Sekali?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”

(Riwayat al-Bukhari)

“ Semalam baca al-Quran tak?” Ustaz bertanya kepada saya.

“ Tak baca. Ada kerja sibuk sikit”

“ Kerja-kerja! Dunia syeikh! al-Quran tak boleh tinggal walau sehari. Anta menghina al-Quran!”

Subhanallah, pandangan saya tertunduk, hanya lirikan mata sekejap memandang sekejap berpaling. Hati saya tersentak. Salah satu peristiwa yang benar-benar mengingatkan saya betapa pentingnya membaca al-Quran apatah lagi menghayati isi kandungannya.

Sebagai manusia apa yang boleh selain istiqamah dalam segala hal. Berat rasanya.

ADA APA DENGAN AL-QURAN?

“Itulah zaman sekarang, bayaran untuk guru al-Quran ciput je! Berbeza dengan guru akademik!” Luah seorang guru.

Ketika itu saya baru sahaja lepas mengajar di Sekolah Agama Putrajaya, duduk menyelit melihat perbincangan dalam soal menentukan gaji untuk guru al-Quran. Saya masih ingat lagi, saya pernah di tawarkan mengajar al-Quran di sebuah kawasan Elit. Cuma mengajar dua orang sahaja dengan bayaran RM 120 dua jam.

Apa yang saya kesalkan, kenyataan beliau seolah-olah memperlekehkan al-Quran. Dengan nada sombong bercakap saya boleh dibuang pada bila-bila masa sahaja. Dengan tanpa berfikir panjang saya terus menolak tawaran tersebut. Kadang-kadang masyarakat seolah-olah menganggap belajar mengaji al-Quran sekadar ‘suka-suka’ atau dalam erti kata lain sekadar melepaskan batuk di tangga.

Itu tidak masuk lagi keluhan ibu bapa yang mahukan anaknya cepat khatam al-Quran.

“Saya harap Ustaz Ikhtiar dapat percepatkan sedikit bacaan anak saya”

“Tetapi akak, saya tak akan berganjak selagi mereka tidak lancar betul-betul”

“Cepatkan lah”

Inilah mereka yang mahukan. Mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Salah siapa sebenarnya?

Inilah masanya si Ayah bertindak! Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya.”

(Hadis riwayat At Tabrani).

Saya pernah berkongsi dengan mereka bahasawanya saya juga seperti mereka. Kita semua adalah serupa. Saya pandai membaca al-Quran pun  bukanlah ketika sekolah rendah, tetapi sekolah menengah! Buktinya? Mushaf al-Quran penuh dengan contengan tentang hukum tajwid di dalam al-quran hasil tangan ustaz saya sendiri. Tanda lebam kemerahan di badan yang pernah diukirkan oleh ustaz menjadi sumber inspirasi buat saya!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Wahai Abu Dzar! Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat”

( Riwayat Ibnu Majjah)

“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”

Fikirkan wahai Ikhtiar, sejauh manakah al-Quran bersama dengan kamu?

Kamu Menghina Al-Quran?
“Anta menghina Al-Quran? Anta tidak layak berada di Jabatan Tahfiz Al-Quran. Anta mencemarkan nama Al-Quran”. Sedikit teguran yang sungguh menyentuh perasaan penulis sehingga bergenang air mata. Bukan untuk membuka ‘aib sendiri tetapi ingin berkongsi dengan kalian satu babak sungguh memilukan walaupun scene tersebut memakan masa selama 10 minit sahaja. Penulis tidak dapat menjalankan satu amanah ketika mana dikehendaki pada hari Isnin tasmi’ Al-Quran dengan bermodalkan 4 muka.

Namun hanya 2 muka sahaja dapat di tasmi’. Penulis pada mulanya memendam alasan kerana ingin belajar daripada mengemukakan alasan. Namun setelah diasak oleh Ustaz agar menjelaskan perkara sebenar lalu penulis memulakan bicara. Alasan yang penulis berikan Sabtu dan Ahad benar terhimpit dengan kesibukan Majlis Perkahwinan. Kesibukan sehingga membiarkan mashaf Al-Quran terbiar? Penulis menghina Al-Quran? Ya Allah..Maafkanlah diri penulis yang begitu hina di muka bumi ini.

Penulis sedar Al-Quran yang penulis junjung selama ini benar-benar menginsafkan diri penulis. Tetapi ketika mana bergelar seorang MPM, sedikit cabaran dalam mencuri masa berehat. Penulis selalu bermain dengan masa agar ia tidak mencemburui kita. Bayangkanlah penulis memulakan sesi kuliah mula dari jam 7.30 pagi setiap hari dan ada kalanya tamat jam 6 atau 5 petang. Kadangkala memikirkan masalah kebajikan mahasiswa yang ada kalanya tidak selesai. Allah hamba-Mu ini benar-benar teruji dengan kesabaran. Selepas maghrib waktu untuk penulis menghafaz al-quran dan mengulang.

Sekitar pukul 10 menelaah pelajaran tetapi bukanlah selalu seperti pelajar yang lain. Bayangkanlah dengan meeting yang tidak menentu memaksa penulis untuk tidur jam 3 pagi dan bangun seawal yang mungkin bagi mengulang Al-Quran. Adakalanya penulis tidak pandai bermain dengan masa. Keletihan memaksa penulis merehatkan diri tanpa mahu diganggu. Inilah pengalaman yang sebenar yang benar-benar penulis dapat pelajari.

Sekali mana pun kita sibuk dengan hal duniawi, jangan sesekali kita meninggalkan kitab Al-Quran Kalam Allah. Itulah pesanan ustaz kepada penulis. Syukran ya Ustaz.

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(29 : 45 )

Ya Allah ampunilah dosa-dosaku…Amin.