Apa itu E-Book?

by Ikhtiar on June 7, 2009

Apa itu E-Book?

Assalamualaikum. Kalau boleh tahu, apa itu e-book dan tujuannya. Kedua, bagaimana dengan adanya blog, boleh mendatangkan pendapatan sampingan. Pendapat anda untuk membeli sesuatu e-book?

-ingin tahu-

Terima kasih di atas persoalan yang dituju kepada penulis. Secara hakikat dan jujurnya, penulis bukanlah seorang yang mahir, apatah lagi seorang blogger yang berjaya. Setiap orang mengenali dunia internet mempunyai pendekatan berbeza. Mungkin ada yang belajar daripada rakan-rakan, buku rujukan dan media terutamanya. Jika ditanya apakah e-book kepada penulis. Jawapannya mudah sahaja, ia adalah buku digital, bukan produk fizikal.


Apa itu E-Book?

Assalamualaikum. Kalau boleh tahu, apa itu e-book dan tujuannya. Kedua, bagaimana dengan adanya blog, boleh mendatangkan pendapatan sampingan. Pendapat anda untuk membeli sesuatu e-book?

-ingin tahu-

Terima kasih di atas persoalan yang dituju kepada penulis. Secara hakikat dan jujurnya, penulis bukanlah seorang yang mahir, apatah lagi seorang blogger yang berjaya. Setiap orang mengenali dunia internet mempunyai pendekatan berbeza. Mungkin ada yang belajar daripada rakan-rakan, buku rujukan dan media terutamanya. Jika ditanya apakah e-book kepada penulis. Jawapannya mudah sahaja, ia adalah buku digital, bukan produk fizikal.

Apabila penulis menyebut bukan produk fizikal, makanya ia hanyalah sekadar buku yang dimuatkan dalam perisian komputer. Kebiasaannya ia dihasilkan dalam bentuk Portable Document Format (PDF) menggunakan perisian Adobe Reader.

Tapi, apa tujuan ia dihasilkan?

Kalau kita membeli sebuah buku, adakah kita akan membiarkannya? Sudah semestinya tidak bukan. Ia adalah semata-mata buku, tetapi pengisiannya bergantung kepada si penulis tersebut. Itulah tujuan ia dihasilkan. Untuk berkongsi ilmu dengan cara pelbagai medium. Ada orang menghasilkan tetapi diedarkan secara muat turun percuma. Tetapi kebiasaannya e-book dihasilkan adalah bertujuan untuk dijual kepada orang ramai.

Mesti kita tertanya-tanya, mengapa usahawan internet, blogger atau sebagainya lebih gemar menghasilkan e-book secara online di internet? Penulis akan huraikan satu persatu.

1) Ia tiada simpanan stok yang terhad kerana ia adalah produk digital.
2) Tidak perlu risau tentang kerosakan produk kerana ia adalah berbentuk digital.
3) Kos penghantaran adalah percuma.
4) Tiada kos penambahan menghasilkan produk kerana ia hanya menggunakan perisian di dalam komputer.

Adakah blog boleh menghasilkan duit?

Benar, blog sebenarnya boleh menghasilkan duit. Kebiasaanya usahawan internet dan blogger lebih gemar menggunakan blog sebagai platform mencari duit. Mereka menggunakan pelbagai medium antaranya menyediakan perkhidmatan menyewa tapak iklan, menjadi agen pengiklanan gergasi. Kebiasaannya blogger mengunakan perkhidmatan perngiklanan dari syarikat google, adverlets, nuffnang dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, apabila trafik pelawat blog kita meningkat naik, secara tidak langsung ia memberikan satu peluang perniagaan yang besar seperti mempromosikan sesuatu produk sama ada produk sendiri ataupun orang lain. Ia dipanggil sistem affiliate.

Bagaimana untuk membeli e-book?

Secara jujurnya, penulis lebih gemar membeli produk secara online tidak kira sama ada produk digital ataupun fizikal. Hal ini berikutan ia amat mudah dan menjimatkan masa. Kebiasaannya penulis menggunakan perkhidmatan online untuk membeli buku, ubat-ubatan, membayar bil dan sebagainya.

Dan setakat ini, penulis sudah membeli beberapa e-book di pasaran internet. Antaranya teknik membuat blog dot com. Kebiasaanya penulis membeli ebook dengan melihat beberapa perkara antaranya :

1) Melihat testimoni pengguna.
2) Mengenalpasti perkhidmatan yang disediakan.
3) Melihat indentiti penulis ebook sama ada ia aktif secara langsung di forum-forum internet ataupun tidak.

Secara keseluruhannya, apa yang disampaikan oleh penulis adalah pendapat peribadi dan bukannya nasihat professional. Semoga jawapan ini sedikit sebanyak membantu saudara “ingin tahu”. Terima kasih.

Artikel Yang Lain

    { 14 comments… read them below or add one }

    onlineaffiliate September 11, 2009 at 4:04 am

    bagus artikel ni..

    Reply

    MyIkhtiar November 14, 2009 at 3:03 am

    Terima kasih tuan

    Reply

    enemdy January 9, 2010 at 12:07 pm

    Satu informasi yang memang perlu dihebahkan kerana tidak semua orang Malaysia tahu apa itu ebook. Teruskan saudara!

    Reply

    papankenyataan July 23, 2010 at 7:56 pm

    salam
    izinkan sy share this article
    Thx

    Reply

    papankenyataan July 23, 2010 at 8:43 pm

    noted
    dah letak link
    thx

    Reply

    MyIkhtiar July 26, 2010 at 6:45 pm

    Ok terima kasih… ;)

    Reply

    ahmad sinar October 9, 2010 at 4:26 pm

    salam, terima kasih ats maklumat tu.

    Reply

    MyIkhtiar October 9, 2010 at 10:25 pm

    wsalam…

    sama-sama tuan.. ;)

    Reply

    Hani October 21, 2010 at 10:13 am

    Saya nak tanya, boleh kah e-book digunakan untuk menghasilkan cerpin?

    Reply

    MyIkhtiar October 21, 2010 at 11:38 am

    Menghasilkan cerpen?
    Jawapan : Boleh.

    Tapi saya secara peribadinya tidak bersetuju kerana cerpen merupakan salah satu karya asli yang boleh diketengahkan menggunakan buku keras.

    Kalau mempunyai banyak koleksi cerpen, mungkin boleh dimajukan kepada pihak penerbit untuk dibukukan.

    Reply

    Nida July 18, 2011 at 10:11 pm

    Salam.leh x tlg suggestkn bhn yg boleh sy rujuk utk hasilkn e-book yg baik?tq

    Reply

    Ikhtiar July 20, 2011 at 12:55 pm

    Wsalam,

    e-book yang baik? Boleh saya tahu, cikpuan nak hasilkan ebook untuk jualan atau macam mana?

    Ikhtiar

    Reply

    online ebook store February 25, 2012 at 3:22 am

    minta izin link tuan punyer artikel yer..

    Reply

    Ikhtiar March 2, 2012 at 9:47 pm

    Boleh, tak ada masalah :)

    Reply

    Leave a Comment

    { 1 trackback }

    Previous post:

    Next post: